The Djinn's Curse (2023) | Review Movie

The Djinn's Curse (2023) | Review Movie

Title : The Djinn's Curse
Director : Kriangkrai Monwichit
Network : Netflix
Release Date : 28 September 2023
Duration : 1 hour 38 minutes
Genre : Horror
Cast : Akara Amarttayakul, Amena Pinit, Marika Paekiatchalorn, Thiti Rhumorn, Hakim Donlapavijit, Anyarin Terathananpat

SYNOPSIS:
Khong Khaek or "The Djinn’s Curse" is a legend known to locals as the "Legend of Toa Nanna." In the human world, we are the masters of our domain, but in the sinister realms of djinn, they reign supreme. Win’s family finds themselves at the mercy of dark secrets from the netherworld of djinn. Hoping to escape their troubles, Win relocates his family to work in the remote southern province of Narathiwat. But far from finding refuge, they plunge into even greater peril. Malevolent forces stalk Win’s family as the ominous mysteries of the djinn close in around them .

first time tengok cerita siam boleh faham banyak dia punya dialog. The Djinn's Curse menggunakan Narathiwat sebagai lokasi utama so boleh nampak budaya dan cara pemakaian sama dengan orang melayu dan dialek bahasa selatan thai hampir sampai dengan loghat kelantan. filem ni agak lain dari filem seram thai yang lain sebab hantu dia jin islam.

The Djinn's Curse (2023) | Review Movie

The Djinn's Curse mengisahkan Win yang tinggal di Bangkok berpindah bersama keluarganya ke Narathiwat kerana mendapat kerja dari kawan sekampungnya, Chad. Isterinya, Joy dan anak-anaknya sebenarnya tak suka berpindah ke situ kerana banyak perbezaan budaya dan bahasa tapi masing-masing tiada pilihan sebab Win dah jatuh muflis.

Mereka tinggal di rumah milik keluarga Chad, sepanjang tinggal di situ banyak benda pelik dan seram berlaku kepada Joy dan anak-anaknya.

sejujurnya 30 minit pertama tengok filem ni aku dah start bosan sebab tak nampak plot utama dan tak nampak watak utama yang lead jalan ceritanya. banyak scene ditunjukkan tentang rasukan yang menganggu wanita di kampung tersebut tapi tak pula diceritakan back story kenapa hantu ni berdendam sangat sampai tak habis cari mangsa dia? nenek tu bela saka ke macam mana?? aku tak faham wei.

The Djinn's Curse (2023) | Review Movie

aku bagi spoiler je la wei sebenarnya ada dua benda yang kacau keluarga Win. yang first rumah yang mereka duduk tu memang problem. sepatutnya benda tu dihapuskan tapi ada orang kutip simpan balik dalam rumah tu pastu anak Win pula terjumpa dan simpan sebab dia rasa ada vintage style.

yang kedua pula, Nasreen ni berdendam dengan Win sebab tinggalkan dia dulu so dia yang hantar jin kacau keluarga Win. teruk juga mereka kena sampai seorang anak dia meninggal dunia.

tok bomoh yang juga abang kepada Nasreen cuba hentikan perbuatan laknat Nasreen cuma dia tak sangka anak bongsu Win pun dah teruk kena sebab benda yang ada dalam rumah tu.

The Djinn's Curse (2023) | Review Movie

hantu dalam filem ni jin islam so cara tok bomoh dan tok imam berubat pun banyak guna ayat al-quran lebih kurang sama je scene seram dalam filem melayu. ada scene yang seram sebab gore tapi mostly aku tak rasa seram, bosan lagi ada lah. pastu tok bomoh pun tak habis tanya orang kena rasuk siapa tuhan kamu sampaikan Joy kena kacau pun, hantu tu tanya balik siapa tuhan kamu? dalam mimpi. hantu pun bosan wei dengar dialog yang sama.

ntahlah sakit hati aku tengok filem ni sebab tak faham dengan sumpahan jin tu. part Nasreen ni aku faham tapi yang nenek tu sampai ke sudah aku tak faham. at the end dia nak cakap pasal rambut sama hitam, hati lain-lain. orang yang kita kenal rapat mungkin yang paling busuk hati dengan kita. aku faham benda ni tapi tak faham apa yang Win dah buat kat kau sampai kau perdajal habis keluarga dia. seriuslah kena ada backstory untuk faham the whole story. kesimpulannya aku murung kejap lepas habis tengok filem ni.

MY RATING: 5.5/10 ⭐

Post a Comment

1 Comments