Kerana Dia Suka by Marissa | Review Novel

Kerana Dia Suka by Marissa | Review Novel

Novel : Kerana Dia Suka
Penulis : Marissa
Helaian : 387
Penerbit : Penulisan 2U
Terbitan : Jun 2020

Kerana Dia Suka mengisahkan Wardina yang putus tunang dengan Sufian setelah Sufian ditangkap basah dengan kawan baiknya, Aida. Wardina membawa diri bercuti ke Kundasang dan di sinilah berlaku pertemuan pertama antara Wardina dan Idham.

Sepanjang tempoh bercuti tersebut, Wardina rapat dengan Idham tapi bila tahu Idham sudah bertunang, Wardina cuba jauhkan diri dari Idham sebab tak nak jadi orang ketiga. tapi masalahnya bila pulang ke Kuala Lumpur, Idham masih lagi tidak berputus asa untuk menghubunginya.

aku suka watak Wardina sebab sangat strong dan garang, dia redha bila jodoh dia bukan dengan Sufian tapi itulah kadang Wardina macam blurr juga sebab Idham asyik bagi hint tapi dia tak dapat tangkap. tapi aku setuju juga bila Wardina tak nak rapat dengan Idham sebab tunang orang tapi Idham pun walaupun kau ditunangkan atas pilihan keluarga so buatlah rancangan yang bijak untuk selesaikan kemelut yang berlaku. ini masing-masing tak habis redha nasiblah terkahwin dengan crush masing-masing juga.

plot dan jalan cerita novel ni lebih banyak fokus pada isu kekeluargaan dan penyakit hati yang merebak dalam masyarakat. kesian juga dengan Wardina sebab orang tak habis nak berdengki dengan dia sekeluarga adalah kakak iparnya sendiri sampai siap main bomoh lagi. apa masalah pun tak tahu, tak puas hati sikit semua orang dibomohnya tapi akhir sekali diri sendiri merana kerana perbuatan  sendiri.

jalan cerita dan watak dalam buku ni tipikal je macam karya penulis yang lain. tapi overall masih lagi menarik sebagai bacaan ringan dan banyak mesej dan pengajaran yang cuba disampaikan.

**MY RATING: 3.5 /5**

Baca juga : Review Novel Lamaran Di Taman Nakajima karya Marissa


“Tapi saya nak awak percaya yang saya benar-benar tak bersalah. Saya tetap cintakan awak sampai saya mati.”

Itu kata-kata Sufian, tunangnya apabila baru saja kena tangkap khalwat dengan Aida. Lagi kurang sebulan saja majlis perkahwinan mereka, tapi kini semuanya tinggal kenangan. Rasa tawar hati itu membawa Wardina ke bumi Kundasang bersama teman baiknya, Zaimah.

Tak sangka, dia dipertemukan dengan lelaki serabut alam bernama Idham. Serupa perompak punya. Tapi lelaki itu memang sesuatu.

“Saya dah bertunang.” - Idham

Sumpah, Wardina takkan terlibat dengan milik orang. Dia sudah rasa sakitnya apabila calon suami yang diharapkan dirampas orang lain. Terus dia letakkan jarak pada hubungan mereka.

Namun, Idham seolah-olah lupa pada status yang disandangnya. Diajaknya Wardina keluar makan bersama, malah sampai pernah bermalam di rumah keluarga Wardina di kampung. Ajaibnya, semakin lama, hati Wardina kian terpaut pada lelaki serabut alam itu.

Post a Comment

3 Comments

  1. diorang last skali kawin x? wardina n idham tu? hihihi.. malas baca novel lagi stkt ni..

    ReplyDelete
  2. suka cerita yg watak perempuan tu sstrong.

    ReplyDelete