The Believers (2024) | Review Drama

The Believers (2024) | Review Drama

Title : The Believers
Director : Wattanapong Wongwan
Screenwriter : Aummaraporn Phandintong, Jiraporn Saelee
Network : Netflix
Release Date : 27 Match 2024
Episodes : 9
Duration : 47 minutes
Genre : Thriller, Crime
Cast : James Teeradon, Peach Pachara, Ally Achiraya, Patchai Pakdesusuk, Petch Paopetch, Tik Klinsee, Mam Jintara

SYNOPSIS: 
Three young and ambitious entrepreneurs must find a way to repay a mountain of debt from their failed startup, when they stumble upon an unthinkable "business" opportunity—exploiting people's religious beliefs for money.

The Believers mengisahkan tiga orang anak muda; Win (James Teeradon), Game (Peach Pachara) dan Dear (Ally Achiraya) membuka sebuah syarikat NFT dan berjaya cipta aplikasi Pirates Hell yang mendapat sambutan hangat. belum pun dapat measa keuntungan, aplikasi mereka kena godam menyebabkan mereka mengalami kerugian.

The Believers (2024) | Review Drama

Mereka buntu cari jalan penyelesaian sebab modal buka syarikat pun pinjam ceti haram dengan bunga yang tinggi berlipat ganda. Win syak kerja ceti haram tersebut yang sabotaj bisnes mereka tapi tak boleh report kes tersebut kepada polis memandangkan puak ni kebal.

Win balik kampung untuk tenangkan fikiran dan ketika melawat sebuah kuil dengan ibunya, Win dapat idea nak dapatkan duit dalam tempoh singkat untuk bayar hutang mereka iaitu exploit duit derma dan sumbangan orang ramai yang disalurkan kepada kuil.

selalunya penganut agama yang setia akan berlumba-lumba menderma untuk mendapat pahala tanpa mempersoalkan kemana duit tersebut digunakan. mostly kuil ni jarang declare jumlah pendapatan tahunan mereka so macam tak hairan kalau ada puak yang ambil kesempatan dan songlap duit derma orang ramai.

The Believers (2024) | Review Drama

Mereka pilih kuil Phummaran yang agak usang tak ramai pengunjung dan ketua sami dia pula dah lanjut usia. Semua pengurusan kuil diuruskan oleh Pacik Tang yang dalam diam songlap duit derma yang tak seberapa pergi joli di kelab malam so tak susah untuk mereka deal dengan Pacik Tang.

Win, Game dan Dear bergabung tenaga perah idea untuk tarik pengunjung datang ke kuil tersebut. dalam tempoh yang singkat mereka berjaya tarik orang ramai dan buat keuntungan yang banyak melalui derma sekali gus dapat membayar hutang mereka secara ansuran.

The Believers (2024) | Review Drama

Sami Dol (Patchai Pakdesusuk) dibawa masuk untuk jadi duta kuil tersebut setelah Win dan Game tersentuh dengan ceramah yang disampaikan oleh Sami Dol.

bila tengok drama ni baru tahu, sami pun ada level dia iaitu Sami Hutan dan Sami Bandar. kalau tak salah aku sami hutan ni mereka mengabdikan diri pada buddha dan langsung tak ambil peduli hal dunia. sami bandar pula macam geng Win ni buat, selain bab agama kena pandai menguruskan kuil dan tarik orang dekatkan diri dengan agama.

so permulaan agak susah nak jemput Sami Dol datang ke kuil mereka tapi last sekali Sami Dol setuju juga pastu dia pun ada konflik dalaman juga bila tersuka dekat Dear.

The Believers (2024) | Review Drama

Kerja mereka pada mulanya tak ada halangan sebab Ketua Sami pun tak kisah dengan akaun semua sampailah anak murid dia iaitu Sami Ekkachai (Petch Paopetch) kembali semula ke kuil tersebut untuk jaga ketua sami yang semakin uzur. Ekkachai agak tegas sikit dan pantau segala pengurusan dan derma yang disalurkan.

bagi aku pertengahan cerita drama ni agak mendatar terlalu fokus dengan strategi Win, Game dan Dear tarik pengunjung ke kuil tersebut. macam bosan juga tak ada backstory sangat macam mana mereka bertiga boleh jadi kawan baik sebab aku tau Win dan Dear kawan sekolah tapi tak sure macam mana Win boleh rapat dengan Game.

pastu ada watak juga yang tak dikembangkan dengan baik sampai aku tengok cerita dengan penuh tawaduk langsung tak ada syak wasangka dengan geng agama ni sekali bila sampai episod hujung-hujung scene Game masuk bilik ketua sami tu aishh baru nampak Ekkachai ni something wrong wei.

The Believers (2024) | Review Drama

Konflik semakin menarik bila Pacik Tang nak buat keuntungan dalam diam dengan bawa masuk geng-geng dia menyamar sami kat kuil tersebut buat seludup dadah tapi akhirnya kantoi ditangkap polis. detektif yang menyiasat kes tersebut percaya Win, Game dan Dear terlibat dalam kes dadah dan pengubahan wang haram.

then tercetus konflik pada persahabatan mereka bertiga. Game panik sebab polis ikut dia dan geng ceti pun dah ugut guna family dia. bagi aku Win ni agak selfish juga sebab tak kisah benda lain asalkan target dia nak buat untung akan tercapai. so boleh nampak friendship diorang pun takdelah kuat mana.

Win dan Dear memang tak akan rugi apa tapi kesian juga dengan Game sebab polis target dia sebab latar belakang keluarga dia yang ada nama dan punya busines yang besar. kat sini nampak mereka tak sehaluan dan cuba selesaikan masalah masing-masing dengan cara tersendiri.

The Believers (2024) | Review Drama

pace drama ni pada permulaan cerita agak laju tapi dragging di pertengahan. dua episod akhir makin menarik sebab banyak benda yang terjadi. pengakhirannya masih banyak lagi persoalan yang belum terjawab tak tahulah kalau ada sambungan musim kedua.

overall, plot The Believer menarik juga sebab mereka guna agama untuk kepentingan diri sendiri. ingat kat malaysia je ada kes tunggang agama ni kat sana lagi dahsyat rupanya. gandingan tiga watak utama pun best, ada kisah tersendiri dan mereka punya bakat yang bagus tapi itulah disebabkan desakan hidup terpaksa guna bakat tersebut untuk menipu orang.

Post a Comment

0 Comments