Title : Queen of Tears
Director : Kim Hee Won, Jang Young Woo
Screenwriter : Park Ji Eun
Network : TVN/ Netflix
Release Date : 9 March 2024
Episodes : 16
Duration : 70 minutes
Genre : Romance, Comedy
Cast : Kim Soo Hyun, Kim Ji Won, Park Sung Hoon, Kwak Dong Yeon, Lee Joo Bin, Kim Gab Soo, Lee Mi Sook, Na Young Hee, Jung Ji Young, Yoon Bo Mi, Moon Tae Yu
SYNOPSIS:
Baek Hyun Woo, who is the pride of the village of Yongduri, is the legal director of the conglomerate Queens Group, while chaebol heiress Hong Hae In is the “queen” of Queens Group’s department stores. “Queen of Tears” will tell the miraculous, thrilling, and humorous love story of this married couple, who manage to survive a crisis and stay together against all odds.
Queen Of Tears mengisahkan Baek Hyun Woo (Kim Soo Hyun) seorang penguam lepasan universiti terkemuka yang jatuh cinta pada Hong Hae In (Kim Ji Won) tanpa mengetahui gadis itu adalah pewaris Queen Group, syarikat tempat dia bekerja.
bila Hyun Woo mengetahui identiti sebenar, dia terkejut dan mahu memutuskan hubungan mereka sebab dia anak orang kampung je tapi end up mereka berkahwin.
ramai yang mengatakan Hyun Woo bertuah sebab dapat kahwin anak orang kaya dan beranggapan hidupnya bahagia selepas berkahwin.
Namun, Hyun Woo rasa tertekan dengan perkahwinannya yang baru berusia tiga tahun. Hubungannya dengan Hae In juga bertukar dingin dan mereka kurang berkomunikasi.
Paling Hyun Woo stress bila dia terpaksa mengikut arahan dan rancangan yang ditetapkan keluarga mertuanya dan langsung tak boleh bersuara untuk menyatakan pendapatnya.
Hyun Woo punya stress sampai dia terpaksa jumpa psikiatri dan akhirnya dia membuat keputusan untuk bercerai.
tapi belum pun sempat Hyun Woo beritahu nak bercerai, Hae In dulu beritahu yang dia menghidap barah otak dan mempunyai masa tiga bulan lagi untuk hidup.
Hyun Woo terkejut dengan berita tersebut dalam masa yang sama, dia rasa gembira juga sebab boleh lepaskan diri dari keluarga tersebut tanpa perlu bercerai. Dalam tempoh tersebut, Hyun Woo cuba menjadi suami yang baik pada Hae In.
jalan cerita drama ni menarik juga, first episod bagi aku agak bosan sikit sebab tak banyak komunikasi antara Hyun Woo dan Hae In tapi seriusly drama ni kelakar dalam masa yang sama sedih dan kesian juga.
yang kelakar nampak Hyun Woo macam jahat pula sebab dia mengharapkan isterinya mati tapi tak boleh salahkan dia juga sebab Hae In tak hormat dia sebagai suami ditambah pula dengan keluarga Hae In yang suka membuli Hyun Woo. tapi pov Hae In ni pun kesian juga.
drama ni baru tayang dua episod tapi so far best juga plot dan jalan ceritanya. lakonan Kim Soo Hyun dan Kim JI Won sangat mantap. tak sabar tunggu next episod sebab macam makin best progress relationship diorang dua.
Baca juga:
1 Comments
OM tengah layan juga cerita ni, harap bestlah
ReplyDelete