Drama : Lelaki Itu
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Along Kamaluddin, Nur Shariff
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 19 Mac 2024
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 30
OST/ Lagu Tema : Dulu, Kini dan Akhirnya (Marsha Milan)
Pelakon : Adi Putra, Sarimah Ibrahim, Nur Fazura, Nabila Huda, Hannah Delisha, Aedy Ashraf, Nadia Brian, Sophia Albarakbah, Fadlan Hazim, Ameerul Asyraf
Sinopsis Lelaki Itu
Mengisahkan Syed Mirza (Adi Putra) berkahwin dengan Sharifah Qaidah (Sarimah Ibrahim) dan mempunyai tiga orang anak perempuan iaitu Sharifah Baiyinah (Nadia Brian), Sharifah Bahiyah (Sofia Albarakbah) dan Sharifah Batrisya (Hannah Delisha).
Namun Syed Mirza rasa terkongkong dalam perkahwinannya apabila Sharifah Qaidah menggunakan statusnya sebagai wanita berpengaruh dan kaya berlagak sebagai ketua keluarga dan tidak menghormati Syed Mirza sebagai suami.
Konflik berlaku apabila Syed Mirza meninggal dunia dan banyak rahsia tersimpan mula terbongkar. Qaidah terkejut apabila mengetahui arwah suamianya berkahwin lain tanpa pengetahuannya apabila dengan munculnya Imani (Fazura) dan Sarina (Nabila Huda) dengan motif tersendiri.
Baca juga : Review Drama Lelaki Itu
Adakah kemelut dan konflik yang berlaku dalam keluarga Mirza dapat diselesaikan dengan baik sedangkan semua ini berpunca dari sikap tidak bertanggungjawab Mirza sebagai ketua keluarga semasa hidup?
Saksikan drama Lelaki Itu lakonan Adi Putra, Sarimah Ibrahim dan Nur Fazura pada setiap hari isnin hingga khamis jam 10.00 malam, mulai 19 Mac ini di slot Samarinda TV3.
1 Comments
semua pelakon hebat2 lah
ReplyDelete