I.D Astro Original Tampilkan Sisi Gelap Media Sosial dan Kecurian Data

I.D Astro Original

‘I.D’ merupakan siri drama premium terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Alpha47 bakal bersiaran pada 23 Februari, 9 malam, menerusi Astro Premier (Saluran 410) atau boleh menyaksikan episod awal di setiap minggu bermula 12 tengah malam menerusi platform On Demand dan Astro GO.

Siri drama premium penuh debaran I.D, diarahkan oleh Razaisyam Rashid, seorang pengarah, penerbit dan penyunting filem berpengalaman, manakala skrip pula ditulis oleh Ashraf Modee Zain. 

Drama premium 8 episod ini menampilkan barisan bakat berpengaruh tempatan termasuk Naim Daniel (Aidi Zabran), Amelia Henderson (Anggun Zahara), Aedy Ashraf (Jazman Rahim), Datuk Rosyam Nor (Rahim Abadi), Ellyza Azizi (Alia Mukhriz), Shantini Venugopal (Patti Shanti), Joyce Harn (Jo), Jo Kukathas (Dato Kumari Lakshmi) dan ramai lagi.

I.D Astro Original Tampilkan Sisi Gelap Media Sosial dan Kecurian Data

Pengarah dan Idea Asal I.D, Razaisyam Rashid, berkata, “Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakkannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D. 

Cabaran terbesar menghasilkan I.D adalah ketika sesi penggambaran, di mana beberapa pelakon utama ketika itu mengalami kecederaan jadi dari sudut kamera dan visual, saya harus memastikan mereka dapat menyampaikan babak dengan baik tanpa menjejaskan keadaan mereka. 

Saya mengharapkan masyarakat dapat menerima I.D. Walaupun ia membawa suara golongan orang muda, tetapi saya juga mengharapkan naskhah ini dekat dengan semua lapisan penonton kerana cerita ini memfokuskan apa yang sedang berlaku di luar sana dan mampu memberi kesadaran kepada penonton kita.”

I.D Astro Original Tampilkan Sisi Gelap Media Sosial dan Kecurian Data

Siri premium I.D memberi pendedahan kepada masyakat tentang penceritaan sebenar di media sosial dan natijah daripada ketirisan maklumat akibat aktiviti tidak bermoral daripada pihak yang hanya memikirkan kepentingan sendiri.

Para pelanggan Astro boleh menyaksikan episod-episod baharu I.D pada 9 malam, setiap Jumaat di Astro Premier (Saluran 410) menerusi On Demand dan Astro GO. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, X, Astro Gempak dan Astro Shaw dengan menggunakan hashtag #IDTIPU, #IDTHESERIES dan #ASTROORIGINALS.

Post a Comment

0 Comments