Sherry Supir (TV Okey) | Sinopsis Drama

Sherry Supir

Drama : Sherry Supir
Produksi : Ambang Network Sdn Bhd
Pengarah : Malek Rahman
Penulis Skrip : Irwan Mansor
Siaran : TV Okey
Mula Tayangan : 29 November 2023
Masa : Isnin-Jumaat | 9.00 Malam
Episod : 
Pelakon : Elly Mazlein, Laila Nasir, Aiman Badrul, Erry Putra, Haikal Qayyum, Kalpana Shree, Zetty, Nazeera Sardi, Shamielya Shamsul, Aishah Sudin, Ahmad Safri Sulaiman, Ikhwan Khairudin, DBoy Hamdan

Mengisahkan tentang Sherry, seorang pemandu e-hailing yang melalui pelbagai ragam dan karenah penumpang.
 
Sherry Supir


Sinopsis Drama Sherry Supir

Mengisahkan Sherry (Elly Mazlein) yang terpaksa berhenti kerja sebagai pengawai pemasaran dan membuat keputusan untuk menjadi pemandu e-hailing Angkut bagi menyara kehidupan keluarganya. 

Sepanjang bekerja sebagai pemandu bermacam ragam dan perangai manusia yang dia terjumpa termasuk kenangan yang tidak boleh dilupakan apabila tersesat ke tempat sunyi dan menjadi bidan terjun menyambut bayi penumpangnya.

Sherry seorang ibu tunggal membesarkan anaknya, Irfan (Aiman Qayyum) selepas berpisah dengan suaminya, Mohsen (Erry Putra) angkara orang ketiga. Selepas bercerai ibunya, Odah (Laila Nasir) tinggal bersama Sherry dan membantu Sherry menguruskan kerja rumah dan anaknya. Selain itu adiknya, Sufian (Haikal Qayyum) juga turut tinggal bersama Sherry.

Hubungan Sherry dengan Irfan agak renggang apabila Sherry sibuk kerja menyebabkan Irfan banyak menghabiskan masa dengan gajet. Hal ini menyebabkan Mak Odah risau dan menasihatkan Sherry supaya tidak mengabaikan anaknya. Dalam masa yang sama, Sherry rimas apabila Mohsen cuba memujuknya untuk bersatu semula.

Sherry Supir (TV Okey)

Saksikan kesudahan drama Sherry Supir yang bersiaran pada setiap hari isnin hingga jumaat jam 9.00 malam mulai 29 November 2023 di saluran TV Okey atau tonton kesemua episod di platform rasmi RTM.

Post a Comment

0 Comments