Dingin by Rehan Maktar | Book Review

Dingin by Rehan Maktar | Book Review

Novel : Dingin
Penulis : Rehan Makhtar
Helaian : 451
Penerbit : Blogijau Enterprise
Terbitan : Disember 2023

Kehidupan Amirul di tempat baharu berseri bila matanya terpaku pada seseorang. Mukminin sentiasa bersendiri. Tidak mahu didekati, jauh sekali mendekati. Tembok yang gadis itu bina tinggi tapi dia tetap mahu memanjatnya.

Amirul sendiri tidak menyangka, perasaan ingin tahu dalam dirinya berubah kepada satu rasa asing yang kini mendiami hati. Kerana itu, dia telah bersedia untuk lakukan segalanya demi Mukminin ini.

Melihat airmata itu, hatinya menderita. Amirul sanggup bukan hanya kerana belas. Darah dan luka pada tubuhnya menjadi saksi segala keikhlasan. Tapi, kenapa Mukminin mengkhianati? Mengubah seluruh hidupnya. Kebencian pada Mukminin, tidak akan dapat dilakar biarpun habis selautan tinta.

Amirul menzahirkan kebencian yang nyata. Mukminin pula sedar, kekejamannya pada Amirul sedang menuntut bela. Dan, pastinya tidak dapat dia lunas biarpun seisi dunia dipersembahkan.


Review Novel Dingin

Pertemuan Mukminin dan Amirul berlaku selepas 14 tahun masing-masing membawa haluan sendiri. Mereka bertemu ketika di bangku sekolah, kehidupan Amirul dan keluarganya musnah kerana satu fitnah menyebabkan Amirul membenci Mukminin.

Dingin sebuah karya terbaru dari Rehan Makhtar bertemakan pembalasan dendam, bagi aku buku ini paling pain antara buku RM yang aku pernah baca dan takde babak sweet-sweet sangat.

Mukminin lahir dalam broken family dan dapat bapa yang kaki pukul. parut yang diberi Mukminin telah mengubah kehidupan Amirul sepenuhnya apabila dia jadi lelaki yang dingin dan beku dan mahu membalas dendam pada Mukminin.

sedih lahai baca buku ni, nak nangis rasa. geram dengan perangai Amirul yang terlalu larut dengan dendam dan layan Mukminin dengan teruk. Mukminin pun relakan sahaja sebab dia tahu salah dirinya yang menyebabkan keluarga Amirul terpaksa tanggung kesan dan dipandang sinis masyarakat.

tapi itulah nak marah dua watak ni lebih-lebih pun tak boleh juga sebab masing-masing ada sebab sendiri kenapa mereka bertindak begitu. overall, aku suka dengan plot dan jalan cerita yang menarik dan penulisan Rehan Makhar macam biasalah best sebab emosi tu sampai menusuk ke kalbuku ini..haha

**MY RATING : 4.5 /5**

Baca juga : Novel Noktah karya Rehan Makhtar


Beli Di Sini: Dingin karya Rehan Makhtar (Shopee)

Post a Comment

0 Comments