Cempaka Melati (TV2) | Sinopsis Drama

Cempaka Melati

Drama : Cempaka Melati
Produksi : Nusantara Seni Karya Sdn Bhd
Pengarah : Amirul Fadhli
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : TV2
Mula Tayangan : 12 Disember 2023
Masa : Isnin-Selasa | 8.00 Malam
Episod : 26
OST/ Lagu Tema : Esok (Amir Masdi)
Pelakon : Sharifah Husna, Azrel Ismail, Syafie Naswip, Zarynn Min, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Kuza Muzani, Jasmin Hamid, Fathil Dani, Kay Maria

Sinopsis Drama Cempaka Melati

Diadaptasi dari novel Cempaka Melati karya Zahida Zarkasi, mengisahkan Cempaka Melati (Sharifah Husna) yang bekerja sebuah pusat peranginan. Sejak berada di situ, Melati sering terganggu dengan beberapa kejadian misteri seperti ternampak kelibat rakan sekerjanya dan mengalami mimpi-mimpi yang aneh. 

Kehidupan Melati yang tenang di tempat kerja barunya mula terganggu dengan kehadiran bekas teman lelakinya, Addin (Shafie Naswip) bersama isterinya untuk berbulan madu di situ. Hubungan Melati dan Addin terputus kerana ibu Addin tidak menyukai Melati namun Addin tidak mengetahui perkara tersebut dan cuba meminta penjelasan daripada Melati yang cuba mengelak daripada bertemu dengannya.

Dalam masa yang sama, muncul seorang lelaki bernama Zhariff (Azrel Ismail) yang sangat misteri. Siapakah Zhariff? Kehidupan Melati berubah apabila berkahwin dengan Zhariff dan terbongkar asal usul keturunan Melati yang menjadi persoalan selama ini.

Cempaka Melati


Saksikan drama Cempaka Melati yang bersiaran mulai 12 Disember 2023, pada setiap hari isnin dan selasa jam 8.00 malam di TV2.

Post a Comment

0 Comments