Drama Hindi: Ali Baba: Dastaan-E-Kabul (TV3)

Alibaba: Dastaan-E-Kabul (TV3)

Slot Sonia TV3 membawakan drama hindi terbaru  bertajuk Ali Baba: Dastaan-E-Kabul yang akan memulakan tayangan mulai 14 Disember 2023 pada setiap hari isnin hingga khamis jam 4.00 petang.

Ali Baba sebuah drama bersiri fantasi mempunyai dua musim iaitu Chapter 1: Dastaan-E-Kabul dan Chapter 2: Ek Andaaz Andekha yang memulakan siaran di Sony SAB India pada 22 Ogos 2022 dan berakhir pada 9 Jun 2023 dengan bilangan episod berjumlah 239.

Dibintangi oleh Sheezan Khan dan Tunisha Sharma, Ali Baba mengisahkan kehidupan seorang lelaki bernama Ali Baba yang berdepan pelbagai cabaran dalam menjaga dan melindungi lima orang yatim.

Alibaba: Dastaan-E-Kabul (TV3)

Sinopsis Drama Alibaba: Dastaan-E-Kabul

Mengisahkan Ali Baba seorang miskin yang baik hati dan tinggal bersama lima orang anak yatim iaitu Gulrez, Poya, Imaad, Nafi dan Alifi. Ali selalu teringat tragedi bapanya iaitu Mustafa seorang ahli sihir terhebat yang terbunuh ketika menghapuskan 40 penyamun dan ketua mereka, Iblis. Mustafa membuat ramalan Alu akan melengkapkan 'Legend of Kabul'.

Simsim yang mencintai dan menghormati Iblis membuat keputusan untuk menghapuskan sumpahan bagi menghidupkan semula 40 penyamun dan akhirnya berjaya. Sementara itu, Puteri Mariam pula kehilangan bapanya kerana pertempuran yang berlaku antara bapanya dan Saddam, pak ciknya yang licik, yang meminta bantuan daripada Simsim untuk merampas takhta kerajaan. 

Mariam berjaya melarikan diri dan kemudiannya bertemu dengan Ali dan tinggal di rumah Ali bersama anak yatim tersebut. Ali dan Mariam kemudiannya saling jatuh cinta.

Pelbagai cabaran dan halangan yang berlaku apabila Ali Baba cuba mencari jalan menghapuskan 40 penyamun dan Simsim. Adakah Ali berjaya dalam misinya?

Senarai Pelakon & Watak

  • Sheezan Khan sebagai Ali Baba
  • Tunisha Sharma sebagai Puteri Mariam/ Marjina
  • Naufal Azmir Khan sebagai Putera Malik/ Mirza
  • Karthik Jayaram sebagai Iblis
  • Sayantani Ghosh sebagai Simsim
  • Arisht Jain sebagai Imaad Abdali
  • Sara Paintal sebagai Gulrez
  • Ekagra Dwivedi sebagai Poya
  • Jared Savaille sebagai Nafi Afghani
  • Ananya Dwivedi sebagai Alifi
  • Naved Aslam sebagai Mustafa

Post a Comment

0 Comments