One Million Dollar Voice (Astro Ria) | Review Drama

One Million Dollar Voice (Astro Ria) | Review Drama

Drama : One Million Dollar Voice
Produksi : Juita Viden Sdn Bhd
Pengarah : Michael Ang
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 28 Ogos 2023
Episod : 24
Pelakon : Emma Maembong, Ben Amir, Amelia Henderson, Lah Ahmad, Neeta Manisha, Tracie Sinidol, Naufal Azrin, Ezra Kairo, Laila Sania, Boy Azman, Uriah See, Nina Juren, Sean Lee, Farid Amirul, Keanu Azman, Bee Aishah, Zarul Husin, Akhmal Ayraf, Hafeez Mikael, Zarina Zainoordin, Maria Farida, Malle Christian, Natasha Roslan, Melissa Aurellia, Auni Yusri

SINOPSIS: 
Mengisahkan krew produksi serta para peserta sebuah pertandingan realiti yang suatu ketika dahulu tersohor tetapi kini kian corot di kalangan para penonton.

Kejadian yang tidak diingini menimpa One Million Voice musim lepas menyebabkan imej TJ sebagai seorang penerbit tercalar. Kini, TJ perlu membuktikan dirinya pada musim ini atau dia bakal dipecat.

One Million Dollar Voice (Astro Ria) | Review Drama

Dah lama juga Astro promote drama ni guna lagu tema Akademi Fantasia sampai ingat Astro nak terbit semula musim terbaru AF yang pernah popular suatu ketika dahulu rupa-rupanya drama terbaru di slot Megadrama Astro Ria yang bertajuk One Million Dollar Voice.

Mengisahkan TJ (Emma Maembong) selaku producer program realiti One Million Dollar Voice perlu membuktikan dirinya boleh menerbitkan rancangan ini dengan  jayanya selepas ditimpa kontroversi pada musim lepas gara-gara krew dia tersalah umum nama pemenang.

Bermula dengan ujibakat untuk memilih perserta terbaik musim ini, TJ berhadapan dengan pelbagai masalah dan dia perlu pastikan peserta yang terpilih mempunyai potensi yang baik dan boleh dijual untuk meraih perhatian penonton sekaligus menaikkan rating program tersebut.

One Million Dollar Voice (Astro Ria) | Review Drama

Setiap peserta yang berjaya menarik perhatian juri dan TJ mempunyai kisah dan alasan tersendiri kenapa mereka menyertai program tersebut yang menawarkan hadiah lumayan iaitu 1 juta USD.

Antara peserta rancangan One Million Dollar Voice:
  • Jo (Lah Ahmad) : seorang suami yang terdesak untuk melepaskan diri dari hutang dan menyelamat keluarganya dari terpisah.
  • Zana (Amelia Henderson) : terperangkap dalam dunia pelacuran kerana teman lelakinya, Zana mahu memenangi wang tersebut untuk melepaskan diri dan kawan-kawannya dari cengkaman Tauke Wong (Farid Amirul).
  • Aida (Tracie Sinidol) : seorang penyanyi berbakat di media sosial dan mempunyai pengikut yang ramai namun mengalami tekanan dari ibunya, Hasnah (Nina Juren).
  • Ali (Ben Amir) : seorang penggali kubur tapi pekerja sebenar adalah gengster yang mahu cuci diri dari dunia gelap dan melamar kekasihnya, anak seorang pengawal polis.
  • Sheila (Neeta Manis) : mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan aura dan persona menjadi bintang terkenal.
  • Bella (Layla Sania) : seorang influencer terkenal yang mempunyai keyakinan tinggi untuk mencuba nasib padahal tak ada bakat dalam nyanyian.
  • Daim (Naufal Azrin) : seorang influencer islamik terkenal yang dibuang dari uji bakat oleh TJ kerana berlaku salah faham tapi dipanggil semula oleh pihak produksi kerana latar belakang yang menarik.

ada beberapa lagi watak yang belum dikenalkan dalam episod 1 tapi baru tengok yang ni pun dah nampak yang drama agak dark dengan pelbagai misteri, jenayah dan turut terselit kisah kekeluargaan.

Selain peserta, TJ juga mempunyai masalah peribadi dan konflik dengan suaminya, Aslam (Ikhwan Khairudin) yang tidak tahan lagi menjadi suri rumah sepenuh masa menjaga anak mereka. Aslam mahu bekerja tapi TJ tak benarkan sebab tak percaya dengan pengasuh dan orang gaji menyebabkan dirinya dicerai dengan talak satu.

One Million Dollar Voice (Astro Ria) | Review Drama

Ramai juga cameo yang muncul dalam drama ini antaranya Nabil Ahmad, Elly Mazlein, Ajai, Siti Nordiana, Shafinaz Selamat, Michael Ang, Ara Johari, Cat Farish dan ramai lagi.

Nak tahu kesudahannya dan siapa yang berjaya memenangi wang berjumlah One Million Dollar? Saksikan One Million Dollar Voice yang bersiaran pada setiap hari isnin hingga khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria (104).

Post a Comment

0 Comments