Samad Tedung (TV3) | Sinopsis Telefilem

Samad Tedung (TV3) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Samad Tedung
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Adza Emie
Siaran : TV3
Tayangan Asal : 6 Jun 2019
Pelakon : Faizal Hussein, Watie Sadali, Amar Asyraf, Sweet Qismina, Marissa Yasmin, Syed Muhammad Irfan, Azam Pitt, Ali Reza, Fatin Nabila Mesya, Amirul Syafiq Yusof, Faha Azhar

Samad Tedung (TV3) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Samad Tedung

Mengisahkan Samad seorang yang panas baran dan tidak disukai oleh orang kampung kerana sikapnya yang bengis dan suka memarahi orang tanpa mempedulikan perasaan orang lain. Oleh sebab itu Samad dipanggil oleh Samad Tedung.

Sikapnya itu tidak berubah sehinggalah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Anak-anaknya juga akan menjadi mangsa kemarahan Samad walaupun hanya melakukan kesilapan kecil. Isterinya, Rusmila sentiasa bersabar dengan sikap suaminya itu walaupun ahli keluarganya mendesak Rusmila untuk meninggalkan Samad.

Kehidupan Samad berubah apabila isterinya meninggal dunia. Anak-anak mula mengabaikan Samad kerana terkesan dengan sikap Samad ke atas mereka. Namun Samad merasai kasih sayang seorang kanak-kanak yang merupakan cucu kepada jirannya.

Post a Comment

0 Comments