Journal Sarahaeyo (VIU) | Review Drama

Journal Sarahaeyo (VIU) | Review Drama

Drama : Journal Sarahaeyo
Produksi : MSOrange Solutions, Blimey Studio
Pengarah : Shima Scarlet, Jade Blimey
Idea Asal : Naziah Nawawie
Penulis Skrip : Nadia Khan, Naziah Nawawie
Siaran : VIU
Mula Tayangan : 19 Mei 2023
Episod : 6
Durasi : 25 minit
OST/ Lagu Tema : In My Head (MFMF X Arena Wan)
Pelakon : Arena Wan, Alvin Chong, Aniq Suhair, Alisya Rasyid, Adriana Adnan, Andi Bernadee, Sharifah Shahora, Marsha Milan, Dee Alimin, Kimberly Chuah, Hajar Rizaludin

SINOPSIS:
Sara seorang pelajar universiti yang sangat meminati K-drama dan K-pop. Sara baru sahaja memulakan tahun akhir pengajiannya dan menulis satu jurnal tentang harapan dan impian dirinya untuk ke Korea dan mencari “Oppa”. Apabila dia ditugaskan untuk menguruskan lawatan universitinya ke Korea, Sara melihat ini sebagai peluang untuk mengejar impiannya. 

Walau bagaimanapun, dia menghadapi cabaran tersendiri apabila ramai orang cuba melemahkan semangatnya, bahkan turut dimalukan oleh satu akaun Twitter yang tidak dikenali. Walaupun demikian, dia tetap berusaha keras untuk mencapai impiannya dengan sokongan abangnya, Saif, dan rakan-rakannya, Raf dan Layla.


ada ternampak di youtube, Blimey buat vlog pengalaman shooting di korea waktu puasa dengan Aniq Suhair, Adriana dan Alisya. tak perasan pula heroin dia, ingatkan untuk iklan rupanya diorang shoot untuk drama Journal Sarahaeyo.

Journal Sarahaeyo (VIU) | Review Drama

Journal Sarahaeyo mengisahkan Sara (Arena Wan) yang sangat meminati kpop dan k-drama sampai berangan untuk berjumpa dengan oppa dia. Sara merupakan pelajar tahun akhir dan berkawan baik dengan Raf (Aniq Suhair) dan Layla (Alisya Rashid). Raf dan Layla tahu minat Sara so mereka layankan sahaja lagi pula Layla pun ada minat yang sama.

Suatu hari, Sara viral di twitter apabila ada satu akaun dengan nama TerpalingKorea mengutuk obsesi Sara yang terpaling korea. Sara mula tertekan dengan kecaman yang diterima, dalam masa yang sama dia cuba untuk menjadi diri sendiri.

Journal Sarahaeyo (VIU) | Review Drama

Setiap episod pendek sahaja dengan durasi 25 minit, plot dan jalan ceritanya sangat simple dan point kat sini nak tekankan untuk Sara jadi diri sendiri dan kejar impian dia. tapi banyaklah dugaan yang dihadapi apabila ramai yang memandang sinis dengan minat Sara. 

Dulu time study aku ada juga seorang kawan macam ni, satu kelas tahu dia minat kpop tapi tak ada pula yang nak kecam atau kutuk dia sebab semua orang tahu itu minat dia. tapi dalam cerita ni semuanya nak kecam Sara kata dialah yang paling over padahal orang yang mengutuk tu juga bukan main mengedik bila tengok lelaki macam oppa lalu depan kelas. 

bagi aku, tak ada salah pun minat Sara asalkan dia tahu batas dan betul juga bila abang dia, Saif (Andi Bernadee) marah sebab time wedding melayu kau pergi pakai hanbok memang sengaja mengundang macik bawang membawang. minat macam mana pun janganlah sampai lupa adat dan budaya sendiri.

Journal Sarahaeyo (VIU) | Review Drama

aku tengok drama ni sebab ada Aniq Suhair dan Alvin Chong, comel betul Aniq bawa watak Raf. dalam cerita ni kemain Sara nak pergi Korea mencari oppa dia padahal depan mata pun ada dua orang yang minat dia. Raf yang merupakan kawan baik dia dan juga Han (Alvin Chong), kawan kepada abang dia yang dari kecil lagi rapat dengan keluarga Sara.

Berjayakah Sara berjumpa dengan Oppa dia? Nak tahu kesudahannya boleh tengok drama ni setiap hari jumaat bermula 19 Mei di VIU.

Post a Comment

0 Comments