Sayap Satria by Nur Izzah Hani | Book Review

Sayap Satria by Nur Izzah Hani | Book Review

Tajuk : Sayap Satria
Penulis : Nur Izzah Hani
Helaian : 496
Penerbit : AHA Publication
Tahun Terbitan : Mei 2022

SINOPSIS
Demi cinta yang sesungguhnya. Demi rindu yang tak pernah padam. Demi kasih yang tak pernah hilang. Kerana cinta, rindu dan kasih itu aku terbang bersama sang pelindung langit. Darah pahlawan milik ayah yang gugur di medan tempur mengalir laju di setiap pembuluh darah aku, Mejar Zahra Kamelia. Walaupun ayah menjaga langit, tujuannya tetap sama; untuk memastikan tidak terganggu lena anak bangsa dek ancaman anasir yang cuba menggugat keamanan negara.

Mendirikan rumah tangga tak pernah ada dalam senarai prioriti hidup aku walaupun dia, Mejar Atif Aizuddin tak pernah berhenti cuba menjadikan aku suri hidupnya. Bukan aku tak sudi, cuma entahlah, mungkin aku takut. Aku takut untuk belajar menyayangi seseorang hanya untuk kehilangannya. Melihat ibu menanggung rindu yang hanya diluah melalui pandangan sayu ke pantai, menanti ayah yang tak akan pulang menakutkan aku. Rasa itu terlalu menyakitkan. Biarlah aku abdikan jiwa raga ini untuk tanah air yang menyambut kelahiranku. Namun ibu yang memaksa aku meruntuhkan kubu yang utuh kubina selama ini. Sama seperti aku, Atif juga cintakan langit. Mungkinkah akan lapang hati ini selapang langit untuk menerima cintanya?


Book Review Sayap Satria by Nur Izzah Hani

Mengisahkan Mejar Zahra Kamelia seorang juruterbang helikopter TUDM yang sangat cintakan tugas dia. Zahra selesa membujang sebabnya takut bakal suami menyekat impiannya dan satu lagi sebab trauma ayahnya yang pergi meninggalkan mereka sekeluarga. Dek desakan keluarga, Zahra akhirnya menerima lamaran Atif.

Mejar Atif Aizuddin berkhidmat dalam unit PASKAU. Lapan tahun lebih setia menunggu Zahra walaupun kena reject berkali-kali. Dia punya taktik bijak juga, nak pikat Zahra pikat keluarga dia dulu sampai semua family Zahra backup last-last Zahra terima juga dia. personaliti Atif nampak lebih menarik selepas mereka berkahwin.

Sayap Satria lebih banyak tunjukkan bidang tugas Zahra sebagai seorang pilot Cougar-12 yang terlibat dengan operasi menyelamat dan menghantar unit PASKAU ke tempat operasi mereka yang terdiri daripada Atif dan pasukannya.

bagi aku, agak balance antara kerjaya dan cinta dalam novel ni. comel je kisah Zahra dan Atif. yang aku suka juga bila penulis highlight healthy relationship antara Zahra dan Atif, selepas berkahwin pun Atif tak pernah menyekat kerjaya Zahra.

buku ni agak nipis tapi sangat menarik jalan cerita dan penulisannya. kisah cinta Zahra dan Atif tak sweet sangat tapi comel. so overall, kalau korang suka cerita pasal unit beruniform boleh try baca Sayap Satria.

**MY RATING: 5/5**

Post a Comment

1 Comments

  1. best je bini bawa laki pergi operasi tentera...lain dari yg lain..kalau buat drama pun best ni..teringat drama Descendant of the Sun..

    ReplyDelete