Pelindung Seorang Puteri (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Pelindung Seorang Puteri (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Pelindung Seorang Puteri
Produksi : Suhan Movies & Trading
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Penulis Skrip : Sofia J Rhyland
Siaran : Astro Ria/ Sooka
Mula Tayangan : 28 Julai 2020
Episode : 16
OST/ Lagu Tema : Terlanjur Cinta ( Hael Husaini & Cakra Khan)
Pelakon : Lisa Surihani, Farid Kamil, Sharnaaz Ahmad, Zain Hamid, Jasmine Suraya, Haleeda, Wan Nor Azlin, Harris Ismail, Nadiya Shahab, Arash Mohd

Pelindung Seorang Puteri (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Pelindung Seorang Puteri

Diadaptasi dari novel karya Mia Kiff, Pelindung Seorang Puteri mengisahkan Rose (Lisa Surihani) yang merantau jauh dari kampung halamannya kerana fitnah yang ditabur oleh orang kampung.

Semasa di Johor, Rose bertemu dan jatuh cinta dengan Fido (Zain Hamid) yang banyak membantunya. Rose menerima lamaran Fido dan mahu membawa Fido bertemu dengan keluarganya namun Rose kecewa apabila mengetahui status Fido adalah suami orang. Rose nekad berpisah dan pulang semula ke rumah keluarganya.

Kepulangan Rose disambut dengan gembira oleh ahli keluarganya dan mereka cuba melupakan peristiwa lama. Rose merancang untuk bekerja di Kuala Lumpur dan abang Rose cuba meminta bantuan kawan baiknya, Hazril (Sharnaaz Ahmad) untuk mencari kerja buat Rose.

Pelindung Seorang Puteri (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Dalam masa yang sama, Rose terkejut mengetahui ibu bapanya telah menerima lamaran Mak Dak Liza (Haleeda) untuk anaknya Saiful (Farid Kamil) yang telah lama menyukai Rose.

Melihat kesungguhan Saiful, Rose menerima lamaran tersebut walaupun dia sebenarnya tidak suka dengan perangai Mak Dak Liza yang jelas menunjukkan tidak berkenan dengan Rose. Apakah sebenarnya yang berlaku antara Rose dan Mak Dak Liza?

Kebahagian Rose diuji selepas berkahwin dengan Saiful apabila terpaksa berdepan dengan emak mertua yang secara terang membencinya dan perangai Saiful yang sangat mengelirukan dirinya. Adakah Rose akan bahagia dengan jalan yang dipilihnya? Siapakah yang menjadi Pelindung Seorang Puteri?

Post a Comment

0 Comments