Misteri Flat Kirana (TV3) | Sinopsis Drama

Misteri Flat Kirana (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Misteri Flat Kirana
Produksi : Anomali Media Sdn Bhd
Pengarah : Rusdi Ramli
Idea Asal : Hariff Ahamat
Penulis Skrip : Adza Irdawati, Adza Emie
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 26 Mac 2023
Masa : Ahad-Selasa | 11.00 Malam
Episod : 12
Pelakon : Ropie, Zara Zya, Puteri Balqis, Acong Sweetchild, Rahmad Mega, Afifah Nasir, Nazia Mustafar, Zalif Sidek, Alicia Amin, Haneesya Hanee

Saksikan Misteri Flat Kirana sebuah drama seram komedi yang bersiaran mulai 26 mac 2023, setiap hari ahad hingga selasa jam 11.00 malam di TV3.

Dibintangi oleh Ropie sebagai Tok Jat, Zara Zya sebagai Ijah Bekeng, Rahmad Mega sebagai Pak Taz, Afifah Nasir sebagai Ima Dut, Acong Sweetchild sebagai Tam Ikan, Puteri Balqis sebagai Soyaye dan ramai lagi.

Misteri Flat Kirana (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Misteri Flat Kirana

Mengisahkan sebuah perumahan rakyat dengan pelbagai watak dan ada saja masalah, namun satu figura yang sentiasa memegang kesemua anak masyarakat di situ adalah ketua kampungnya iaitu Tok Jat.

Tok Jat ialah seorang dukun yang terkenal di Flat Kirana dan sangat disenangi kerana sikapnya peramah dan suka membantu warga Flat Kirana. Kematian Tok Jat secara mengejut telah menimbulkan huru-hara di Flat Kirana apabila makhluk halus yang diperangkap oleh Tok Jat selama ini telah terlepas dan berkeliaran di sekitar Flat Kirana. 


Bermulalah misi penduduk Flat Kirana untuk memburu dan menangkap makhluk halus yang mereka juga tidak kenali.

Post a Comment

1 Comments