Saksikan Mawi Jawi di Astro Oasis

Saksikan Mawi Jawi di Astro Oasis

Astro Oasis mengajak penonton berhibur sambil mendalami tulisan jawi dalam program terkini mereka, ‘Mawi Jawi’. Program terbitan MWE Sdn Bhd ini merupakan sebuah program berkonsepkan game show yang melibatkan barisan selebriti, influencers serta para asatizah dalam permainan-permainan yang menggunakan tulisan jawi sebagai medium.

Seperti nama programnya sendiri, ‘Mawi Jawi’ dihoskan oleh juara Akademi Fantasi musim ketiga, Mawi bersama penyampai radio ZAYAN, Anas Tahir di mana kedua-duanya dikenali dengan suara yang lunak dan merdu selama lapan minggu.

Saksikan Mawi Jawi di Astro Oasis

‘Mawi Jawi’ menampilkan tiga tetamu jemputan setiap minggu yang diwakili oleh selebriti dan personaliti terkenal mengikut persamaan karier masing-masing sebagai peserta. Setiap daripada mereka akan bermain dua pusingan permainan dalam jawi untuk meraih markah.

Dalam pusingan pertama, para peserta akan mencari perkataan tersembunyi atau teka silang kata bergantung kepada episod. Dalam permainan mencari perkataan tersembunyi, para peserta perlu mencari perkataan tersebut di Papan Word Search yang disediakan. Mereka perlu mencari sebanyak perkataan yang mereka boleh dalam masa 80 saat secara serentak. Markah akan dikira dengan jumlah perkataan betul yang paling banyak dari setiap peserta.

Saksikan Mawi Jawi di Astro Oasis

Manakala dalam permainan teka silang kata, setiap peserta perlu menyelesaikan silang kata yang diberikan dalam masa yang ditetapkan iaitu 80 saat. Petunjuk akan diberikan di papan teka silang untuk membantu mereka meneka jawapan yang betul. Markah akan dikira melalui berapa banyak teka silang kata yang dapat diselesaikan.

Kumpulan markah daripada pusingan pertama akan dibawa ke permainan pusingan kedua di mana para peserta perlu menulis dalam jawi. Setiap peserta akan ditunjukkan sebaris ayat yang sama dalam rumi. Kemudian mereka akan mula menulis ayat yang diberikan dalam tulisan jawi. Mereka yang menulis perkataan jawi dengan betul akan mendapat markah yang lebih. Pada akhir permainan, peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan dinobatkan sebagai pemenang.

Walau bagaimanapun, sekiranya para peserta mendapat jumlah markah yang sama pada akhir permainan, pemenang akan ditentukan dengan satu pusingan pantas di mana para peserta dikehendaki menulis perkataan yang diberikan oleh pengacara secara spontan dalam tulisan jawi dalam masa 30 saat sahaja. Peserta yang terpantas dan betul akan dipilih sebagai pemenang.

Saksikan Mawi Jawi di Astro Oasis

Lebih menarik, program ini membawa episod istimewa ‘Geng Romantis’ di mana Mawi ditemani oleh isterinya, Ekin sebagai pengacara program dengan menampilkan para peserta berpasangan suami isteri. Pada akhir program, para peserta yang mendapat jumlah markah tertinggi akan memenangi percutian percuma untuk menunaikan umrah.

Keunikan program ini dalam memartabatkan tulisan jawi bersama-sama selebriti dan personaliti terkenal merupakan sebuah konsep baharu yang dapat menggalakkan lebih ramai penonton untuk mendalami jawi dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Mawi Jawi akan ditayangkan pada setiap hari Khamis, jam 7.30 malam mulai 15 Disember 2022 secara eksklusif di saluran Astro Oasis (106) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.

Post a Comment

1 Comments