Mungkar (TV Alhijrah) | Sinopsis Drama

Mungkar (TV Alhijrah) | Sinopsis Drama

Drama : Mungkar
Produksi : Times United Industries Sdn Bhd
Pengarah : Wan Hussain Ismail
Penulis Skrip : Amin Shakib, Raja Azidah
Siaran : TV Alhijrah
Mula Tayangan : 1 November 2022
Masa : Isnin-Selasa | 6.00 Petang
Pelakon : Hairie Othman, Fiza Halim, Jihaa Sham

Saksikan drama Mungkar lakonan Hairie Othman dan Fiza Halim pada setiap hari isnin dan selasa jam 6 petang di TV Alhijrah, saluran Astro 114. Drama Mungkar juga boleh ditonton melalui aplikasi Alhijrah Plus.

Mungkar (TV Alhijrah) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Mungkar

Drama Mungkar mengupas isu dan masalah yang berlaku dalam masyarakat hari ini yang membawa kepada kemungkaran tanpa disedari atau tidak. 

Episod 1Kisah seorang dukun yang cuba mencabul pesakitnya dan memberi kesedaran masyarakat supaya tidak mempercayai kaedah perubatan yang bukan berlandaskan agama islam.

Episod 2Mengisahkan pasangan suami isteri Ramli dan Yati yang membuka warung menjual nasi lemak namun duit mereka tidak pernah kekal dalam simpanan. Mursyid dan isterinya cuba membantu dengan mengajak pasangan  itu memulihkan hubungan mereka dengan Allah.

Episod 3 -  Kampung Mursyid digemparkan dengan aktiviti ajaran sesat yang diketuai oleh wanita yang dikenali sebagai Ibu Rossa. Rosnah yang menyasarkan anak-anak gadis kampung menjadi pengikutnya mendakwa ajaran yang dibawanya mampu membawa mereka ke syurga melalui perkahwinan dengan 'wali' melalui pernikahan batin.

Episod 4Mengisahkan Zainal seorang pegawai sebuah syarikat yang pernah terlibat dengan banyak rasuah dan bagaimana pengakhiran hidup Zainal jika beliau mungkar dan tidak cepat menginsafi perbuatan tersebut.

Post a Comment

1 Comments

  1. yang pasal dukun cabul orang tu memang banyak kes sampai orang takut nak pergi jumpa selain dari kes kena scam duit tapi hantunya tak hilang pun

    ReplyDelete