6 Hari (Astro Citra) | Review Telefilem

6 Hari (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem : 6 Hari
Produksi : Yureka Film
Pengarah : Yusry Abdul Halim
Siaran : Astro Ria/Astro Citra
Tayangan : 13 Jun 2020
Pelakon : Lisa Surihani, Yusry, Neelofa, Aaron Aziz

6 Hari (Astro Citra) | Review Telefilem

Telefilem 6 Hari mengisahkan Suzy (Lisa Surihani), isteri ketiga kepada ahli perniagaan bernama Ismal (Aaron Aziz) yang tinggal bersendirian di kediamannya kerana suaminya hanya akan pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri yang lain.

Suatu hari, Suzy diganggu dengan kehadiran Faizal (Yusry) yang memecah masuk ke dalam rumahnya. Faizal merupakan teman lelakinya dan baru sahaja dibebaskan selepas lapan tahun dipenjara.

Faizal muncul kerana mahu menuntut janji Suzy yang akan menunggunya tapi motif sebenarnya Faizal sebenarnya mahu mendapatkan kembali berlian yang dicuri mereka yang Suzy sempat sembunyikan sebelum Faizal ditangkap.

6 Hari (Astro Citra) | Review Telefilem

Suzy sudah berubah sejak mengenali dan berkahwin dengan Ismal dan mahu melupakan kisah silamnya yang gelap. tapi kehadiran Faizal telah menganggu ketenangannya sehingga Suzy cuba meminta nasihat dari kawan baiknya, Linda (Neelofa).

sebenarnya tak enjoy sangat dengan ceritanya bila tahu watak Suzy dan Faizal ni bukan suami isteri lepas tu boleh pula bagi lelaki bukan muhrim tumpang rumah sendiri tanpa pengetahuan suami dia.

banyak plot yang bagi aku perlu dikembangkan sebab ada beberapa bahagiaen yang aku tak faham. maybe banyak kekangan kot sebab telefilem ni shoot waktu PKP so banyak kekurangan dari segi jalan ceritanya tapi patut bagi kredit juga dapat siapkan telemovie ni waktu PKP.

Post a Comment

0 Comments