Renjana (TV9) | Sinopsis Telefilem

Renjana (TV9) | Sinopsis Telefilem

Telefilem : Renjana
Produksi : Tanah Beris Film Production
Pengarah : Shuhaimi Lua
Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik
Siaran : TV9
Tayangan : 5 September 2022
Masa : Isnin | 8.30 Malam
Pelakon : Amelia Henderson, Ungku Ismail, Aidit Noh, Adeline Tsen, Nik Adam Mika, Faizul, Fara Shaharudin, Lyana Taufek, Norazlina Ismail

Renjana (TV9) | Sinopsis Telefilem

Sinopsis Telefilem Renjana

Perkahwinan Nora sangat bahagia bersama Iqbal dan anaknya Adib. Apabila Iqbal dinaikkan pangkat dan berpindah rumah, Nora akur dengan permintaan suaminya untuk menjadi suri rumah sepenuh masa dan menjaga keluarganya dengan baik.

Sehinggalah kawan baiknya, Izyan menegur tubuh badan Nora semakin berisi yang menyebabkan fikiran Nora mula terganggu dan selalu berfkiran negatif. Atas ajakan Izyan, Iqbal membenarkan Nora bersenam di gimnasium.

Hal ini juga membawa perkenalan Nora dengan Mikaad yang merupakan seorang jurulatih di situ. Hubungan mereka lama kelamaan semakin rapat sehingga Mikaad semakin berani munculkan diri ketika Nora bersama Iqbal dan anaknya.

Nora telah mengabaikan tanggungjawabnya sebagai isteri kerana hanyut dengan cinta Mikaad yang akhirnya berlaku perkara tidak diingini. Adakah Nora mampu menyelamatkan keadaan dan berdepan dengan Iqbal?

Post a Comment

0 Comments