Keluarga Untuk Disewa (TV9) | Sinopsis Drama

Keluarga Untuk Disewa (TV9) | Sinopsis Drama

Drama : Keluarga Untuk Disewa
Produksi : Eleven Field Creative
Pengarah : Raja Mukhriz
Penulis Skrip : MF Kencana, Ellyna Ahmad
Siaran : TV9 / Disney+Hostar
Tayangan : 2 November 2021
Episod : 20
OST : Dijaja - Cat Farish, Fimie Don, Shiha Zikir, Pekin Ibrahim
Pelakon : Adibah Noor, Azhan Rani, Dynas Mokhtar, Fifi Laura Olivia, Fimie Don, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Avaa Vanja, Nabil Aqil, Maria Tunku Sabri

Keluarga Untuk Disewa (TV9) | Sinopsis Drama

Pelakon & Watak Drama Keluarga Untuk Disewa

  • Adibah Noor sebagai Puan Sri Maryam
  • Fifi Laura Olivia sebagai Aina
  • Fimie Don sebagai Fikri / Hisham
  • Afifah Nasir sebagai Noraa / Anis
  • Dynas Mokhtar sebagai Intan / Marissa
  • Azhan Rani sebagai Alwi / Azman
  • Pekin Ibrahim sebagai Din

Sinopsis Drama Keluarga Untuk Disewa

Puan Sri Maryam sedih dengan kemalangan maut yang menimpa anak menantunya dan cuma cucunya, Aina sahaja yang terselamat. Puan Sri Maryam tidak sanggup menyampaikan kepada Aina tentang kehilangan ahli keluarganya yang lain lalu Puan Sri mendapat idea untuk mengupah empat individu menyamar sebagai keluarga Aina dengan upah yang lumayan.

Alwi, Intan, Nora dan Fikri bersetuju dengan tawaran Puan Sri memandangkan mereka mempunyai masalah kewangan. Alwi mempunyai hutang along, Intan pula diganggu bekas suaminya, Fikri kais pagi makan pagi dan Nora pula terpaksa menyara adik-adiknya.

Mereka perlu membiasakan diri dengan watak masing-masing untuk melakukan penyamaran yang sempurna tapi Aina mula curiga. Keluarga Sewa mula kelam-kabut untuk menutup penyamaran dan berlakulah berbagai kejadian lucu sampai rahsia mereka nyaris-nyaris terbongkar.

Post a Comment

1 Comments