Lelaki Itu Untukku (TV2) | Sinopsis Drama

Lelaki Itu Untukku (TV2) | Sinopsis Drama

Drama : Lelaki Itu Untukku
Produksi : Times United Industries Sdn Bhd
Pengarah : Haizul Anafer Ali
Siaran : TV2
Masa : Isnin-Jumaat | 9.00 Pagi
Episod : 13
Lagu Tema/OST : Xpose Band - Sandiwara
Pelakon : Risteena Munim, Azam Pitt, Zamarul Hisham, Marisa Yasmin, Taib Azzamudin, Nina Smith, Hairie Othman, Balqish Nordin

Lelaki Itu Untukku (TV2) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Lelaki Itu Untukku

Drama Lelaki Itu Untukku diadaptasi dari novel Lelaki Itu Untukku karya Mazni Anita mengisahkan Orked Harlina (Risteena Munim), seorang anak tunggal yang dibenci dan tidak mendapat kasih sayang dari ayahnya, Hamdan (Zamarul Hisham). Hamdan berkahwin dengan Maria (Marissa Yasmin) yang mempunyai seorang anak lelaki bernama Idlan Riyaz (Azam Pitt).

Kehadiran Idlan telah mengubah segalanya dan telah memberi kasih sayang sebagai abang kepada Orked timbul rasa cinta Orked terhadap abang tirinya itu.

Melalui Idlan, Orked berkenalan dengan Tengku Emery Iskandar (Taib Azzamudin) seorang playboy yang kerek. Bagi Orked, Idlan sangat sempurna tetapi Orked dapat melihat Tengku Emery  mempunyai hati nurani yang luhur.

Post a Comment

0 Comments