JEJAK 3’ kembali meneruskan paparan aktiviti amal kebajikan dan menyantuni masyarakat yang memerlukan bantuan dengan penuh kasih sayang tanpa mengira latar belakang, bangsa dan agama menerusi musim ketiganya di Astro Prima.
Musim ketiga yang membawakan tema ‘Kita Jejak Kita Bantu’ memaparkan babak-babak belakang tabir kerja amal yang dilakukan oleh selebriti-selebriti yang berbeza dengan kerjasama Pertubuhan Badan Kerajaan (NGO) pada setiap episod. Sepanjang siaran musim ketiga, selebriti-selebriti ini menziarahi golongan yang memerlukan dan memberi bantuan asas serta sumbangan kepada mereka yang tidak berkemampuan untuk menampung keluarga.
Program yang menyayat hati ini menyelit kisah-kisah perit yang dihadapi masyarakat kita yang hidup dalam serba kekurangan serta sukar untuk menjalani kehidupan harian mereka kerana kesempitan kewangan.
Program realiti ’Jejak 3’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin, jam 9.00 malam sebanyak 13 episod mulai 27 Jun 2022 hingga 19 September 2022 secara eksklusif di saluran Astro Prima (105) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.
PETIKAN KENYATAAN RASMI
Norzeha Mohd Salleh
Pengurus Saluran Astro Prima
“Astro sentiasa bersedia menggalas tugas untuk membawa paparan realiti masyarakat kita yang terhimpit dengan kesukaran serta kedaifan kehidupan. Sesungguhnya realiti perit ini tidak seharusnya diselindungi, malah patut dijadikan paparan untuk membantu mereka yang memerlukan serta membawa kesedaran di kalangan masyarakat kita, apatah lagi ramai dalam komuniti di negara kita terkesan dengan bencana alam.
‘Jejak 3’ menyelami kisah-kisah mereka diselubungi kesempitan kehidupan termasuk kehilangan harta benda, keupayaan serta kesihatan. Malah, mereka yang terkesan bukan sahaja golongan dewasa tetapi jua kanak-kanak. Di sebalik kesedihan yang dikongsikan, semangat mereka dalam meneruskan perjuangan amatlah luar biasa terutamanya di kalangan anak-anak yang kecil.
Adik Suki, Adik Iman dan Adik Raisya antara mereka yang menunjukkan kegigihan berjuang, tidak kira kekangan kewangan atau fizikal yang dihadapi. Semangat waja seperti ini menjadi nadi mengapa kami meneruskan program Jejak.
Penglibatan rakan-rakan selebriti mewarnai hari-hari mereka yang terbabit. Barisan artis yang bersama turut menyumbangkan bantuan dalam pelbagai bentuk termasuk kewangan serta barangan keperluan. Mereka juga merasai impak daripada apa yang mereka lihat, yakni kesusahan dan keperitan yang dihadapi sehinggakan ada sesetengah mereka berlinangan air mata mahupun berada dalam tangisan ketika penggambaran dijalankan. Program ini juga menyingkap sisi-sisi barisan selebriti tanah air yang tidak pernah dipertontonkan untuk dijadikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Kerjasama dengan badan bukan kerajaan atau NGO amatlah kami hargai sepanjang produksi ‘Jejak 3’. Kesungguhan dan kecekalan mereka membantu kami membolehkan segala bantuan yang dihulur dilakukan dengan lancar. Badan bukan kerajaan ini merupakan refleksi keprihatinan masyarakat kita yang mahu membantu tanpa mengharapkan apa jua balasan.
Kami berharap apa yang kami telah saksikan secara nyata bakal terjemah di skrin untuk penonton-penonton Astro. Sudah semestinya sesiapa sahaja yang menonton epsiod-episod ‘Jejak 3’ bakal tersentuh lantas tergerak hati untuk membantu mereka yang dipaparkan mahupun golongan kurang bernasib baik yang lain. ‘Jejak 3’ pasti akan membuka mata, minda dan hati semua.”
Johan Shahputra Johny Anwar
Pengarah Program Realiti ‘Jejak 3’
“Antara cabaran penerbitan Jejak musim ketiga ini adalah untuk mencari kes-kes yang sesuai untuk kita berikan bantuan dan dipertontonkan kepada orang ramai. Justeru, kami bekerjasama dengan pelbagai pihak NGO untuk membantu kami dalam memilih kes-kes yang kita ingin melakukan penggambaran memandangkan pihak NGO ini rapat dengan mereka dan lebih mengetahui kisah-kisah mereka.
Sudah semestinya mereka adalah kumpulan-kumpulan NGO yang kami berbesar hati untuk bekerjasama kerana mereka dipilih berdasarkan portfolio mereka serta penceritaan kes- kes yang mereka cadangkan kepada kami. Saya sangat berbangga dengan usaha dan semangat mereka dalam mengendalikan misi ini keran mereka lebih berpengalaman, lebih-lebih lagi dalam pengurusan golongan yang kurang bernasib baik.
Program ‘Jejak 3’ kali ini membawa sedikit kelainan di mana kami menampilkan selebriti-selebriti yang berbeza untuk setiap episod. Perbezaan ini dapat menyerlahkan sisi-sisi mereka yang tidak pernah dilihat oleh peminat-peminat sekaligus memberi pengalaman baharu kepada selebriti yang terlibat terutamanya dalam menziarahi mereka yang dalam kesusahan.
Kami juga bekerjasama dengan pelbagai NGO yang berlainan pada setiap episod untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada yang memerlukan. Program ini diharap dapat membuka mata penonton serta memberi pendedahan kepada mereka bahawa di luar sana masih ramai yang memerlukan pertolongan kita, tidak kira tua atau muda. Kami juga berharap penonton akan dapat sama-sama memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira latar belakang mereka agar kita dapat mengeratkan lagi hubungan sesama manusia.”
TRIVIA MENARIK PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’
1. Ketika pihak krew memberi makanan kepada golongan gelandangan, mereka dikerumum dan dihempap.
2. Terdapat tujuh Pertubuhan Badan Kerajaan (NGO) yang terlibat bersama-sama team Jejak untuk menjalankan misi membantu orang-orang yang memerlukan.
3. Ketika penggambaran, Pak Nil takut untuk meneruskan penggambaran kerana khuatir monyet datang menyerang.
4. The Helmis (Heliza & Hazwani Helmi) berpeluang untuk bekerja mengutip dan menjual barang terpakai.
5. Pada mulanya, Che Ta dan krew Jejak yang lain menghadapi kesukaran untuk berinteraksi dengan Adik Iman kerana keadaan kesihatan beliau. Oleh sebab itu juga, Che Ta dan krew Jejak mengambil masa 3 jam untuk betul-betul serasi dengan Adik Iman.
6. Percaya atau tidak, semasa membuat penggambaran bersama Adik Iman, team Jejak perlu bergerak ke tiga lokasi berbeza dan penggambaran memakan masa selama 12 jam.
7. Ketika mencari peniaga kecil di sekitar kawasan Sungai Buloh, hujan turun dengan sangat lebat menyebabkan krew Jejak terpaksa meredah banjir kilat dan melambatkan penggambaran sehingga ke lewat malam.
8. Yana merupakan selebriti yang paling mudah tersentuh hati dan menangis hampir sepanjang perjalanan penggambaran kerana mengenangkan nasib Adik Raisya dan mengingatkan anak beliau yang sebaya dengan Adik Raisya di rumah.
9. Ketika membuat penggambaran di pantai Sekinchan, kaki Yana hampir digigit ketam.
10. Kisah Pak Cik Ariffin pernah viral apabila The Helmi’s bertemu dengannya ketika banjir melanda Hulu Langat. Oleh kerana air yang telah mencecah paras muka, Pak Cik Ariffin terpaksa menginap di stesen bas berdekatan dan di situlah beliau bertemu dengan The Helmi’s.
SENARAI SELEBRITI DALAM PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’
1. Rozita Che Wan
2. Yana Samsudin
3. Datin Seri Heliza Helmi
4. Hazwani Helmi
5. Datuk Aznil Hj. Nawawi
6. Fikry Ibrahim
7. Liza Hanim
LOGLINE PROGRAM REALITI ‘JEJAK 3’
Menampilkan selebriti yang berbeza mengikut setiap episod di mana mereka akan menjalani misi bersama ‘Team Jejak’ di samping bekerjasama dengan NGO yang berbeza dalam setiap episod bagi memastikan kejayaan misi kemanusiaan yang meliputi pelbagai aspek seperti bantuan sosial, bantuan kewangan, bencana alam dan meraikan 'unsung heroes'.
Program ini merupakan sebuah program inisiatif Astro yang mengutamakan keperluan dan kebajikan masyarakat dalam memberi bantuan kepada golongan terkesan yang memerlukan bantuan tanpa mengira latar belakang. Dalam setiap episod, selebriti-selebriti yang berbeza akan mendekati golongan yang memerlukan dan memberikan sumbangan kepada mereka dengan kerjasama pihak NGO .
1 Comments
Bagus rancangan ni
ReplyDelete