Do You Love Me Captain? (TV3) | Sinopsis Drama

Do You Love Me Captain? (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Do You Love Me, Captain?
Produksi : Creative Skill Solution
Pengarah : Adam Hamid
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 13 April 2022
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 28
Pelakon : Sharifah Rose, Ali Reza, Noniswara, Faye Kusairi, Syainie Shuhaimi, Hazeeq Dean, Zuhairi Ibrahim, Kartina Aziz, Yasmin Khalid, Daniel Fong, Izzendra

Sinopsis Drama Do You Love Me, Captain? 

Darish (Ali Reza) yang pulang bercuti tiba-tiba dikejutkan dengan seorang wanita yang bersembunyi di dalam almari biliknya.

Darish tidak tahu berapa lama gadis yang bernama Daneena Durra (Sharifah Rose) ini menceroboh di kediamannya. Bukan tu saja. Dia jadikan rumah ini seolah-olah macam dia yang punya. Saat hatinya tertanya-tanya siapa gadis ini, Daneena Durra tetap membisu seribu bahasa. Keluarganya muncul. Bakal isterinya muncul lalu Daneena diperkenalkan sebagai pembantu rumah.

Saat di pejabat, hatinya mengingati Daneena. Masin mulut sahabatnya, jodoh dari almari. Daneena yang siapkan makan minum dia, Daneena yang berjaga tatkala dia demam. Daneena yang buatkan dia selalu mengukirkan senyuman dan tawa.

Tapi satu hari saat dia pulang kembali ke rumah percutiannya, saat hatinya dicuri gadis itu, Daneena sudah pergi. Cuma ada nota ditinggalkan. Dan ayat ini…

Do you love me, Captain?

Darish tahu dia harus mencari Daneenanya yang misteri. Jatuh cinta itu bukan mudah tapi dia yakin pada takdirnya. Tunggu saya Daneena Durra kerana awak adalah takdir saya.

Post a Comment

0 Comments