Sinopsis Telefilem | Semua Tentang Kita (TV3)


Telefilem : Semua Tentang Kita
Produksi : A.Aida Production
Pengarah : Riza Baharudin
Siaran : TV3
Tayangan : 28 Januari 2022
Masa : Jumaat | 10.00 Malam
Pelakon : Syafie Naswip, Jalaludin Hassan, Edika Yusof, Vanidah Imran, Anna Jobling, Doria Rachel Jolly, Aida Khalida, Anne Arifin, Kamarul Eqifshah, Kodi Rasheed

Semua Tentang Kita sebuah telefilem kisah realiti kehidupan semasa berada di fasa pandemik Covid-19 dan gelagat masyarakat Malaysia berhadapan dengan keadaan sukar dalam tempoh tersebut.

Ada tiga kisah yang dipaparkan dalam telefilem Semua Tentang Kita. Amir mencari jalan untuk meloloskan diri balik ke kampungnya. namun keadaan menjadi panik apabila Amir disahkan positif covid-19 semasa tiba di kampung dan turut menjangkiti teman serumah dan ibu bapanya.

Hairi dan Zeera pula dalam proses untuk bercerai kerana sudah tidak lagi serasi. namun mereka terpaksa berkurung di rumah dan sering bergaduh. Ery, anak lelaki mereka cuba menyatukan kembali Hairi dan Zeera.

Rosa dan Jasmine bekerja sebagai pramugari namun dibuang kerja semasa pandemik. Mereka terdesak untuk mendapatkan duit lalu mencuba nasib meniaga makanan di tepi jalan.

Post a Comment

0 Comments