Sinopsis Drama | Saat Kau Takluk Cinta Ini (Samarinda TV3)


Drama : Saat Kau Takluk Cinta Ini
Produksi : Kembara Sufi Sdn Bhd
Pengarah : Zamri Zakaria
Penulis Skrip : Eja Lorena
Siaran : TV3/iQiyi
Tayangan : 20 Disember 2021
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 15
Pelakon : Idris Khan, Intan Najuwa, Wafariena, Shakilla Khoriri, Syazwan Zulkifly, Wan Maimunah, Farhan Asri, Jasmin Hamid, Edika Yusof, Aleza Shadan, Zarynn Min, Qazeem Nor, Raja Baizura, Jeri Ariffin, Zul Salleh

Saat Kau Takluk Cinta Ini sebuah drama adaptasi novel Saat Kau Takluk Cinta Ini karya Sara Hezra mengisahkan Rahhal (Idris Khan) yang pulang dari luar negara sebaik sahaja habis belajar untuk menjaga ibunya, Hajah Jamiah (Wan Maimunah) yang sakit dan tidak dapat bergerak.

Rahhal mencari rezeki dengan mengusahakan kebun pisang dan kolam ternakan ikan miliknya. Mak Long Nisah (Aleza Shadan) dan Fakhril (Syazwan Zulkifly) yang berdendam dengan Rahhal bertindak menghalau Rahhal dan Hajah Jamiah keluar dari rumah pusaka milik datuknya menyebabkan Rahhal terpaksa membawa ibunya tinggal di pondok kecil berdekatan kebunnya.

Suatu hari, muncul seorang gadis bernama Haira Melissa (Intan Najuwa) yang datang menumpang teduh di pondok kecil Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang membenarnya tinggal di situ dan menjaganya ketika sakit lalu bertindak membalas budi Rahhal dengan menjaga Hajah Jamiah dan menguruskan kerja rumah ketika Rahhal keluar bekerja.

Haira cuma memberitahu Rahhal yang dia datang ke situ untuk mencari kawannya setelah dihalau keluar oleh ibu tirinya kerana dituduh menggoda tunang adik tirinya. Setelah seketika tinggal bersama, Rahhal membuat keputusan untuk melamar Haira kerana tertarik dengan pekerti Haira dan gadis itu juga tidak kisah dengan kehidupannya yang miskin.

Setelah berkahwin, Haira diganggu Khadijah (Shakilla Khoriri) yang tidak puas hati kerana telah lama menyimpan perasaan pada Rahhal. dalam masa yang sama Rahhal tidak tahu yang Haira menyembunyikan sebuah rahsia dari drinya. Adakah rumah tangga Rahhal dan Haira akan kekal bahagia?

Saksikan kesemuannya dalam Saat Kau Takluk Cinta Ini di slot Samarinda TV3 setiap isnin hingga khamis jam 10 malam bermula 20 Disember 2021. Drama Saat Kau Takluk Cinta Ini boleh juga ditonton melalui platform penstriman iQiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.



Lagu Tema/OST Saat Kau Takluk Cinta Ini:
  • Hafiz Suip - Takluk Cinta
  • Aliff Iskandar - Takdir
  • Lakaa Idris - Hebatnya Rasa Cinta

Post a Comment

3 Comments