Sinopsis Drama | Diari Seorang Suami (2021)


Drama : Diari Seorang Suami
Produksi : Art Ornament Sdn Bhd
Pengarah : Johan Bahar
Penulis Skrip : Azril Hamzah, Amin Shakib, Shida Zali
Siaran : TV3
Tayangan : 12 November 2021
Episod : 13
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Pelakon : Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, Aida Othman, Sani Sudin, Suraya Eusoff, Khal Isyaf, Iqbal Mazlan, Chintaa Aiyuni


Diari Seorang Suami mengisahkan Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) yang baru berusia 19 tahun tekad untuk berkahwin lari di Thailand selepas hubungan mereka dihalang oleh abang Neesa, Jenal (Fimie Don). Jenal mempunyai rancangan untuk mengahwinkan Neesa sebaik sahaja Neesa selesai menduduki peperikasaan STPM bagi melangsaikan hutangnya.


Selepas berkahwin, Hairi dan Neesa pergi ke Kuala Lumpur untuk mengelakkan daripada dijumpai Jenal. Namun tak mudah untuk memulakan hidup di bandar besar apabila mereka terpaksa merempat dan sukar untuk mencari pekerjaan kerana Hairi tidak mempunyai sijil kelayakan.

Hairi mempunyai impian untuk menjadi seorang pelukis dan menyediakan tempat tinggal yang selesa buat Neesa. oleh sebab itu, Hairi bertungkus lumus menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami untuk mencari nafkah dan Neesa pula tidak mengeluh dengan kehidupan mereka.

Hairi berjaya mendapatkan kedai makan milik Pak Wan yang baik hati dan banyak membantunya. Hairi dalam dilema apabila ada pihak yang mahu menutup periuk nasi Pak Wan dan menawarkan sejumlah wang kepadanya. dalam masa yang sama, Hairi mendapat tahu yang dia mempunyai masalah buah pinggang dan memerlukan pembedahan segera tapi disebabkan tak mampu, Hairi menyembunyikan masalahnya daripada Neesa.


kehidupan mereka bertambah baik apabila bertemu dengan orang kaya bernama Azman (Keith Foo). Azman juga yang banyak membantu dengan menawarkan Hairi pekerjaan dan juga tempat tinggal buat Hairi dan Neesa.

Namun begitu tanpa mereka sedar, Azman menyimpan sebuah rahsia dan mempunyai agenda tersendiri. Apakah akan berlaku kepada Hairi dan Neesa? Saksikan kesemunya dalam Diari Seorang Suami yang ditayangkan di slot Lestary TV3, setiap hari rabu hingga sabtu jam 9 malam bermula 12 November 2021.


Lagu Tema OST Diari Seorang Suami: 
  • Pasya - Kemelut
  • Afieq Shazwan - Layu di Hujung Mekar

Post a Comment

2 Comments

  1. kesiannya pasangan ni, lari dari masalah datang pula masalah lain.

    ReplyDelete
  2. Dah nak habis dah drama ni tapi belum sempat tengok lagi.

    ReplyDelete