Review Drama Korea | Yumi's Cells (2021)


Title : Yumi's Cell
Director : Lee Sang Yeob
Screenwriter : Song Jae Jung, Kim Yoon Joo, Kim Kyung Ran
Network : TVN/ iQiyi
Aired : 17 September 2021 - 30 October 2021
Episodes : 14
Duration : 1 hour 10 minutes
Cast : Kim Go Eun, Ahn Bo Hyun, Park Ji Hyun, Lee Yoo Bi, Choi Min Ho, Park Jin Young, Joo Jong Hyuk, Lee Sang Yi, Jung Soon Won, Mi Ram

(Yumi's Cell Trailer)



Yumi's Cell mengisahkan Kim Yu Mi (Kim Go Eun) seorang wanita bekerjaya yang selepas putus cinta tiga tahun yang lepas, Yumi tak pernah kisah tentang penampilan diri mahupun perkara lain selain kerja sehingga dapat naik pangkat kerana prestasi kerja yang bagus.

namun begitu, fokus Yumi mula terganggu dengan kehadiran juniornya, Ugi (Choi Min Ho). Yumi merasakan Ugi juga mempunyai perasaan yang sama dengannya apabila lelaki itu mengajak dia keluar.

end up Ugi sebenarnya mahu mengatur blind date Yumi dengan kenalan rapatnya, Gon Woong (Ahn Bo Hyun). Yumi berasa kecewa tapi berjanji dengan Ugi akan pergi ke blind date tersebut.


Gon Woong bekerja sebagai game developer dan membuka syarikat sendiri dengan dua kawan baiknya. Woong bersetuju pergi ke blind date tersebut tapi tak ambil serius dengan penampilan dirinya end up terjatuh cinta dengan Kim Yu Mi waktu pertama kali bertemu.

Yumi yang baru kecewa dengan Ugi langsung tak terfikir untuk bertemu kembali dengan Woong, dah la first impression Woong tak begitu menarik perhatiannya. effort yang Woong tunjukkan dan jaga Yumi waktu sakit yang buat hati Yumi terbuka untuk menerima Woong sebagai teman lelakinya.

empat episod pertama sangat best bila tengok Yumi dan Woong dalam fasa perkenalan tapi lepas tu aku rasa jalan cerita dia biasa saja dan masalah dalam hubungan mereka disebabkan kawan baik Woong dan masalah kewangan yang dihadapi Woong. plot drama ni lebih fokus kepada Yumi sebab tu aku rasa macam bosan sikit.


kalau first episode rasa annoying dengan Ruby (Lee Yoo Bi) sebab selalu menyelit antara Yumi dengan Ugi tapi Ruby ni bukan masalah utama sebenarnya tapi Sae Yi (Park Ji Hyun) yang dah lama kena Woong dan bekerja dengan Woong.

bila kawan baik berlagak macam girlfriend dan bercerita macam dia tahu semua benda kesukaan Woong tentu Yumi dari awal lagi tak senang dengan kewujudan Sae Yi.


menariknya drama Yumi's Cell  bila menggabungkan 3D animation dan live action. setiap manusia dikawal oleh sel-sel yang complex begitu juga dengan Yumi bila love cell dalam diri dalam koma bila putus bercinta beberapa tahun yang lepas.

walaupun begitu setiap cell ini bekerjasama untuk memastikan Yumi dapat menjalani kehidupan dengan baik dan juga menghidupkan kembali love cell. tapi cell ini juga tak lari daripada konflik dalaman sendiri.


overall, permulaan memang best tapi bila sampai pertengahan jalan cerita agak flat dan tak nampak hala tuju hubungan Yumi dan Woong. Woong ada ego yang tinggi bila dilanda krisis dalam syarikatnya tapi langsung tak pernah terbuka untuk berkongsi masalahnya dengan Yumi. part yang paling best dan aku suka bila scene animation dalam Yumi's Cell, itu sebenarnya keunikan drama ni.

ending drama ni tergantung dan banyak lagi persoalan yang tak terjawab so maybe itu strategi production supaya penonton tertunggu-tunggu Yumi's Cell Season 2 untuk lihat bagaimana kisah Yumi dan Goong berakhir.

Post a Comment

3 Comments

  1. mcm comel je citer ni ahhaha tp x jumpa lagi dalam VIU ke netflix eh...
    kalau ada nnt nak try tgk ar :D

    ReplyDelete
  2. Wahhh macam menarik je menggabungkan 3d animation dan live action. animation tu comel :)

    ReplyDelete