Ali Alia (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Ali Alia (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Drama : Ali Alia
Produksi : Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Pengarah : Heykal Hanifah
Penulis Skrip : Farhana Fauri, Shida Zali, Heyrissa Heykal
Siaran : Astro Prima
Mula Tayangan : 24 Ogos 2021
Episod : 13
Masa : Isnin-Jumaat | 6.00 Petang
Pelakon : Fimie Don, Erynne Erynna, Faezah Elai, Rusdi Ramli, Usop Wilcha, Sabrina Ali, Faradhiya, Fahrin Ahman, Mior Hashim, Jay Iswazir, Kodi Rasheed


Sinopsis Drama Ali Alia

Drama Ali Alia mengisahkan sepasang remaja kembar, Ali (Fimie Don) yang dilahirkan normal manakala Alia (Erynne Erynna) mempunyai masalah autisme dan kesibukan ibu bapa mereka menyebabkan Alia bergantung sepenuhnya kepada Ali.

Ali tidak pernah merungut melayan segala kerenah Alia sehingga sanggup mengorbankan masa remaja dengan berhenti sekolah dan belajar secara homeschooling.


dalam masa yang sama berlaku konflik dalam rumah tangga Amir (Rusdi Ramli) dan Mazni (Faezah Elai). Mazni semakin tertekan dan tidak sanggup bertahan lagi apabila perlu menanggung segala perbelanjaan rumah mereka setelah bisnes Amir yang baru memasuki tahun kedua tidak memberi sebarang keuntungan.

Hal ini menyebabkan mereka selalu bertengkar apabila bersua muka dan hampir bercerai namun masing-masing perlu bertahan demi anak-anak.

Ali Alia (Astro Prima) | Sinopsis Drama

Ali mula memberontak apabila Amir dan Mazni selalu tiada masa untuk mereka berdua sehingga dia mengambil keputusan drastik dengan membawa Alia lari dari rumah. namun semuanya tidak semudah yang disangkakan dengan keadaan Alia yang autisme.

Adakah Amir dan Mazni dapat mencari jalan penyelesaian kepada masalah mereka?

Post a Comment

3 Comments

  1. masalah kewangan sentiasa jadi duri dlm perkahwinan..

    ReplyDelete
  2. Lama betul Erynne ni tak berlakon. Tahu tahu sekarang dah ada anak sorang.
    Cerita yang best. Mencabar nak jaga anak anak autisme.

    ReplyDelete
  3. Menarik cerita ni. Akak suka lakonan si Erynne ni dari dia kecik lagi.

    ReplyDelete