Diva Popular (Awesome TV) | Sinopsis Drama


Drama : Diva Popular
Produksi : Rumah Karya Citra
Pengarah : Rashid Sibir
Penulis Skrip : Eirma Fatima
Siaran : Awesome TV
Mula Tayangan : 17 Mei 2021
Episod : 21
Masa : Isnin-Jumaat | 7.00 Malam
Pelakon : Fauziah Ahmad Daud, Eirma Fatima, Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Kaka Azraff, Ben Amir, Yusof Hashim, Syafiq Kyle, Iqram Dinzly, Elly Suriati, Azwan Ali


Konflik antara Fauziah Ahmad Daud dan Eirma Fatima pernah menjadi kontroversi dahulu sampai dibuat telemovie pada tahun 1994 bertajuk Pengantin Popular yg juga dibintangi mereka sendiri.

dalam drama bersiri Diva Popular mengisahkan kisah pertelingkahan yg tiada kesudahan antara Lola Kartika (Fauziah Ahmad Daud) dan Datuk Rona Alfonso (Eirma Fatima) yg merupakan musuh sejak azali dan kini anak-anak mereka juga turut terjebak.


Ika Natelia (Tiz Zaqyah) seorang pelakon popular yg menjadi rebutan produser untuk membintangi drama mereka tapi Ika suka mengambil banyak job dalam satu masa menyebabkan dia mempunyai masalah displin kerana tidak menepati masa yg ditetapkan.

Suatu hari, Ika gembira apabila ditawarkan untuk berlakon filem dengan kekasih hatinya, Shazwan (Ben Amir). masalah berlaku apabila Ika lari dari set drama untuk pergi meeting dengan pengarah filem tersebut bersama Syazwan. akibatnya Ika digugurkan dari drama tersebut dan wataknya dimatikan.


Ika yg tidak berpuas hati dengan perkara tersebut mengadu kepada ibunya, Lola Kartika yg juga pernah menjadi pelakon popular suatu masa dulu.

Lola marah apabila ada pihak yg cuba memalukan anaknya lalu bertindak menyerang pejabat produser untuk meminta penjelasan kenapa nama anaknya digugurkan daripada drama tersebut tapi lain pula yg berlaku apabila Lola bertemu semula dengan seteru lamanya, Datuk Rona Alfonso.


Erma Erika (Nabila Huda) yg merupakan anak Primadona Rona Alfonso terpilih untuk menggantikan Ika Natelia dalam drama tersebut. Erma seorang instafamous yg memiliki bilangan pengikut yg ramai walaupun begitu Erma tidak mempunyai pengalaman sebagai pelakon.

Ika tertekan dikecam oleh wartawan kerana mempunyai masalah displin, Rona menggunakan kesempatan ini untuk menaikkan nama Erma sebagai pelakon baru dan juga mengajar Erma berlakon.

Apakah kesudahannya, tonton semuanya dalam drama Diva Popular di Awesome TV saluran Astro 123 atau MYTV 112 mulai 17 Mei 2021 atau boleh juga ditonton melalui laman rasmi Awesome TV.

Post a Comment

5 Comments

  1. Wah nampak best la cerita ni 😁

    ReplyDelete
  2. Semua pelakon hebat hebat dalam drama ni. relate jugaklah dengan dunia artis sekarang :)

    ReplyDelete
  3. tak sabar nak tgk.. kena cari masa yg sesuaiii

    ReplyDelete
  4. Jalan cerita menarik dah tapi nama watak tu over kemain

    ReplyDelete