Budak Hostel Otaknya Sewel (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Budak Hostel Otaknya Sewel (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Drama : Budak Hostel Otaknya Sewel
Produksi : Radius One Sdn Bhd
Pengarah : Norhanisham Muhammad
Siaran : Astro Ria
Mula Tayangan : 31 Julai 2023
Masa : Isnin-Khamis | 10.00 Malam
Episod : 16

Sebuah drama berkonsepkan coming-of-age ini diadaptasi dari novel karya Hasrul Ridzwan mengisahkan empat orang pelajar yang mempunyai pertalian persahabatan yang kuat, menuntut di sebuah sekolah asrama. 

Mat Piah, Cupin, Akhil dan Widad mengharungi kisah suka duka zaman remaja termasuk tekanan rakan sebaya, jatuh cinta serta kenakalan yang sering membuatkan mereka ‘terkantoi’ dengan pihak berkuasa di sekolah. Dengan setiap kisah serta cabaran yang ada, kekuatan persahabatan mereka pasti mengatasi segalanya.

Budak Hostel Otaknya Sewel (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Sinopsis Budak Hostel Otaknya Sewel

Akhil telah dicabar oleh musuh ketatnya, Borhan untuk mencuri barang seorang pelajar perempuan yang paling popular iaitu Zakiah Merican. Jika Akhil berjaya memecah masuk asrama perempuan,

Borhan akan memulangkan kembali surat rahsia milik Akhil yang dicurinya. Dengan bantuan rakan-rakannya, Akhil mula merancang strategi memecah masuk ke dalam asrama perempuan. Cabaran demi cabaran terpaksa mereka lalui untuk menjalankan rancangan nakal mereka termasuklah perlu berhadapan dengan warden mereka yang sangat garang iaitu Cikgu Marzuki.

Cikgu Marzuki merupakan pesaing Cikgu Daniel dalam cubaan untuk memenangi hati Cikgu Murni. Kesempatan ini diambil oleh Akhil untuk memasuki asrama perempuan ketika Cikgu Marzuki terleka. 

Namun tanpa mereka sedari, sesuatu perangkap sedang menanti mereka setelah mereka Berjaya memasuki asrama perempuan itu.

Pelakon Budak Hostel Otaknya Sewel 

  • Tuah Adzmi sebagai Akil
  • Baihaqi Majid sebagai Mat Piah
  • Adam Eji sebagai Widad
  • Izz Ilham sebagai Cupin
  • Azhan Rani sebagai Cikgu Marzooki
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Cikgu Daniel
  • Amelia Christie sebagai Zakiah Merican 
  • Zarul Iman sebagai Borhan 
  • Aya Amiruddin sebagai Balkis Tonggek 
  • Datin Natasha sebagai Murni 
  • Adzim Hariz sebagai Ghani 
  • Amsyar Aziz sebagai Munawer 
  • Flora Haron sebagai Angah

Budak Hostel Otaknya Sewel (Astro Ria) | Sinopsis Drama

Budak Hostel Otaknya Sewel akan ditayangkan pada setiap Isnin hingga Khamis bermula 31 Julai 2023, jam 10.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104).

Post a Comment

0 Comments