Kau CEO Aku? (TV1) | Sinopsis Drama

Kau CEO Aku? (TV1) | Sinopsis Drama

Drama : Kau? CEO Aku?
Produksi : Country Universal Sdn Bhd
Pengarah : Harris Fadzillah
Siaran : TV1
Mula Tayangan : 23 Mac 2023
Masa : Setiap Hari | 6.45 Petang
Episod : 25
Pelakon : Azrel Ismail, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifly, Neera Azizi, Talha Harith, Siti Hariesa, Trisha Ooi, Zuhairi Ibrahim, Anne Abdullah, Amelina, Ainina Ahmad, Zalfa Zin

Saksikan Kau? CEO Aku? sebuah drama adaptasi novel karya Maya Rahman yang bersiaran setiap hari sepanjang bulan ramadan ini, jam 6.45 petang di slot Widuri TV1.

Kau CEO Aku? (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Kau CEO Aku?

Mengisahkan Aisha yang berkahwin dengan Danial atas pilihan keluarga namun kehadiran Mila yang merupakan kawan baik Danial cuba mengganggu perkahwinan mereka.

Dibintangi oleh Puteri Aisha yang memegang watak sebagai Aisha Sofia, Azrel Ismail sebagai Danial Firdaus, Neera Azizi sebagai Mia, Amelina sebagai Datin Faridah dan ramai lagi. Saksikan kesudahan kisah Aisha dan Danial dalam Kau? CEO Aku.

Kau CEO Aku? (TV1) | Sinopsis Drama

Sinopsis Novel Kau? CEO Aku? Karya Maya Rahman

Dari seorang majikan egois a.k.a 'bapa singa' menjadi seorang suami? Danial Firdaus, lelaki yang diburui kerna harta, rupa. Tapi siapa sangka jodohnya disatukan kedua ibu bapanya bersama Aisya Sofia. Gadis yang berpendidikan tapi masih dididik penuh agama.

"CEO kita yg dah macam singa tu kau tak kenal?" - Fatini

"Awak, nak pergi honeymoon tak?" - Aisya Sofia

"Kalau kau nak pergi, pergi lah sorang-sorang. Kalau nak pergi dengan aku, honeymoon kita dekat lobby office."- Danial Firdaus

"Kau atau aku perampas? Aku kenal Danial dah berbelas tahun! Kau kenal dia baru setahun!" - Mila Armilia

"Ini kesilapan terbesar aku pernah buat, jatuh hati terhadap wanita selain isteri aku" -Danial Firdaus
"Kalau ini takdir kita berdua, Aisya terima dengan hati terbuka" - Aisya Sofia

Kerana sahabat bertukar menjadi cinta, rumahtangga mereka makin goyah. Bertahankah Aisya dengan pilihan keluarganya? Bertahankah Danial Firdaus untuk terus ego dan menafikan kebahagiaan yang muncul tanpa disedari? Semuanya sudah tertulis dalam KAU? CEO AKU?

Post a Comment

0 Comments