Jaga Aku Selamanya (TV3) | Sinopsis Drama

Jaga Aku Selamanya (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : Jaga Aku Selamanya
Produksi : KL Motion Picture
Pengarah : Rashidi Ishak, Wan Alauddin Wan Zainuddin 
Penulis Skrip : Wan Hasliza Wan Zainuddin
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 15 Mac 2023
Masa : Isnin-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma, Haeriyanto Hassan, Iman Corinne, Haidar Hasanudin, Hafiz Halim, Farhana Fahizam, 

Saksikan drama Jaga Aku Selamanya lakonan Nadiya Nisaa dan Puteri Rafasya pada setiap hari rabu hingga sabtu jam 9.00 malam di slot Lestary TV3.

Jaga Aku Selamanya (TV3) | Sinopsis Drama

Sinopsis Drama Jaga Aku Selamanya

Mengisahkan pasangan suami isteri Maya (Nadiya Nisaa) dan Syukri (Johan Asari) yang mempunyai lima orang anak yang hidup dalam kemiskinan.

Kehidupan Maya dan anak-anaknya menjadi huru-hara apabila Syukri tiba-tiba menghilangkan diri, Maya terpaksa pergi ke bandar untuk bekerja dan mengharapkan anak sulungnya, Mia(Puteri Rafasya) yang baru berusia 12 tahun untuk menjaga adik-adiknya. Maya juga mengharapkan jirannya, Seri untuk memantau keadaan anak-anaknya.

Malangnya Mia dan adik-adiknya terpaksa merempat apabila dihalau dari rumah sewa dan tidak mempunyai wang untuk membeli makanan kerana duit yang diberi Maya melalui Seri telah Seri gunakan untuk tujuan lain tanpa menghiraukan kebajikan anak jirannya itu.

Mia membuat keputusan untuk bekerja kerana tidak sanggup melihat adik-adiknya kelaparan dan suatu hari mereka bertemu dengan Pak Ehsan yang menawarkan mereka tempat untuk berlindung.

Post a Comment

0 Comments