Sinopsis Drama Legal Wives di Sakura TV3


Drama : Legal Wives
Director : Zig Dulay
Penulis Skrip : Suzette Doctolero
Siaran : TV3
Mula Tayangan : 2 Februari 2022
Masa : Isnin-Khamis | 6.00 Petang
Episod : 80
Pelakon : Dennis Trillo, Alice Dixson, Andrea Torres, Bianca Umali, Cherie Gil,  Derrick Monasterio, Ashley Ortega, Al Taytay, Kevin Santos

Slot Sakura TV3 membawa sebuah drama Filipina bertajuk Legal Wives mengisahkan seorang lelaki muslim yang berkahwin dengan tiga orang wanita atas tujuan tertentu. Drama arahan Zig Dulay ini dibintangi pelakon terkenal Filipina seperti Dennis Trillo, Adrea Torres, Alice Dixson dan Bianca Umali.


Ismael (Dennis Trillo) dan Diane (Andrea Torres) bertemu dan jatuh cinta lalu membuat keputusan untuk berkahwin walaupun terdapat perbezaan agama.  konflik terjadi apabila keluarga Ismael tidak tahu perkahwinan antara Ismael dan Diane dan mahu mengahwinkan Ismael dengan wanita pilihan mereka.

Sebagai wanita kristian, Diane agak sukar memahami beberapa perkara tentang islam seperti lelaki dibenarkan berpoligami iaitu berkahwin lebih dari seorang wanita. Ismael berjanji untuk setia dan mencintai Diane seorang sahaaja namun Diane meragui tindakan suaminya.


Ismael berasal daripada keluarga kaya dari keturunan muslim Mindanao dan seorang anak yang taat kepada kedua ibu bapanya. 

Atas kehendak keluarga, Ismael berkahwin dengan Amirah (Alice Dixson) yang merupakan balu kepada abangnya dan kemudiannya berkahwin dengan Farah (Bianca Umali) atas permintaan kawan lamanya yang mahu dia melindungi gadis muda tersebut.

Bagaimana tiga orang wanita dari latar belakang berbeza ini untuk menyesuaikan diri hidup bermadu dan mencintai lelaki yang sama?

Saksikan kesemuanya dalam Legal Wives, setiap isnin hingga khamis jam 6 petang bermula 2 Februari 2022 di slot Sakura TV3.

Baca juga:

Post a Comment

0 Comments