28 Hari Mencari Cinta (TV3) | Sinopsis Drama

28 Hari Mencari Cinta (TV3) | Sinopsis Drama

Drama : 28 Hari Mencari Cinta
Produksi : OrangeTree Production
Pengarah : Ng Ken Kin
Penulis Skrip : Anina Sahal, Mia Marziah, Norsyiella Anuar
Siaran : TV3
Tayangan : 23 Disember 2021
Masa : Rabu-Sabtu | 9.00 Malam
Episod : 13
Pelakon : Aiman Hakim Ridza, Hannah Delisha, Muaz Fitri, Elly Arifin, Fiza Thomas, Ameerul Asyraf, Aleza Shadan, Rahim Jailani, Roy Azman, Aishah Atan

Sinopsis Drama 28 Hari Mencari Cinta

Faisal (Aiman Hakim Ridza) dan Saleha (Hannah Delisha) merupakan pasangan kekasih namun hubungan mereka kemudiannya terpisah.

lapan tahun kemudian, Saleha ditunangkan dengan Daniel (Amerul Asyraf), lelaki pilihan keluarganya tapi kemudiannya mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan apabila mengetahui lelaki tersebut sering kali curang. 

Faisal pula masih lagi menanti cinta lamanya dan kini bekerja sendiri sebagai DJ di channel podcast sendiri. Faisal kemudiannya mendapat tawaran untuk menjadi juruhebah di Australia dan mempunyai 28 hari lagi untuk berangkat ke sana.

Mereka berdua bertemu semula di sebuah kafe yang pernah menjadi kenangan terindah dahulu. Cinta mereka berputik semula, Saleha memberi tempoh 28 hari kepada Faisal untuk mencari kesilapannya yang menyebabkan hubungan mereka terputus dahulu. 

Berjayakah Faisal mendapatkan semula cinta Saleha? 

Post a Comment

0 Comments